Jumaat, 1 Februari 2013

Kakak Kena Demam Campak kali ke-3

Assalamualaikum

kakak kena demam campak / cacar air lagi
masuk kali ni dah 3 kali tak salah aku
masa kecik2 dulu 2 kali
kali ni kena demam campak jenis biji2 besar pulak
berjangkit dengan kawan-kawan kat sekolah
kesian aku tengok 


Apa itu cacar air / Demam Campak?

Demam campak atau cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai virus varicella.
Cacar air mudah berjangkit daripada seorang individu ke individu lain. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimana cacar air merebak?

Cacar air boleh merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
Selain itu, jangkitan itu boleh merebak melalui sentuhan atau pernafasan apabila partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) terkena orang lain .

Apakah tanda dan gejala cacar air?

Bagi kanak-kanak, mereka akan mendapat cacar air dalam masa 10-21 hari selepas terdedah kepada individu yang menghidap cacar air.
Cacar air boleh merebak 1-2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius.
Jangkitan cacar air bagi orang dewasa, remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.


Gejala penyakit:
  • Demam dengan suhu yang tinggi serta selsema
  • Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
  • ruam tumbuh pada tubuh badan
  • rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh
Langkah pencegahan:
  • Imunisasi campak
  • had kan pergaulan
Cara mengubati
  • Mandikan pesakit dengan air kelapa muda
  • Berbaring di atas daun semambu

10 ulasan:

Mia Kassim berkata...

Anak aku 3 org tu belum kena lg.....kata org semua akan kena cacar ni supaya badan boleh buat antibodinya sendiri.....tak pasti betul atau tidak....

Farah Waheda Wahid berkata...

semoga kakak cepat sembuh...cian dia... hu hu hu... aunty doakan ek...

Mimie berkata...

kena campak ye..bg minum air kelapa

haryati berkata...

semoga cepat sembuh ye...

Nur Nainis berkata...

Saya tak ingat sama ada saya dah kena ke belum..rasanya dah tapi waktu kecil2 dulu. Ohh..mandikan ye..kalau dulu saya minum. Dah kena 3 kali kak? selalu saya dengar orang kena sekali je seumur hidup.

Nur Nainis berkata...

heheh..baru saya tahu kak..terima kasih atas perkongsian.

Suria Amanda berkata...

sian kakak, mesti sakit kan...semoga kakak cepat sembuh...

QasehnyaRania berkata...

Semoga kakak cepat sembuh.. Sampai tiga kali tu.saya kna sekali je.

3beradik skli kna

rohayu osman berkata...

semoga cepat sembuh ya..

Syamimi Saad berkata...

kak, demam campak mmng boleh kena bnyk kali ke??

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...