Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 @ 1435 Hijrah

Malam ini akan berlalu,
minggu ini akan beranjak,
bulan ini akan pergi,
tahun ini akan meninggalkan.
Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka,

Masa lalu adalah sejarah,
hari ini adalah goresan,
hari esok adalah harapan.
Selamat datang tahun baru 2014.
Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan.
Kenangan tetap kenangan, selamat datang harapan.
Tahun 2014 yang bermakna dengan menyambut orang baru J

Selamat menghadapi cabaran tahun baru 1435 hijrah.



Mulakan awal tahun ini dengan membaca doa yang biasa terdapat pada buku-buku di Malaysia.
Terima kasih kepada yang telah berjasa meletakkan doa ini di laman maya. Semoga usaha ini berkembang dan menjadi sedekah jariah hingga ke syurga.

Jangan lupa baca dan hayati maknanya. 
Mari baca ramai-ramai!



Celebrate 5th Anniversary...

huhu...sebenarnya dah lepas, tapi still nak cerita kat blog ni :)
celebrate anniversary ala kadar ja..
kali ni rasa nak pi makan steamboat

masa pi tu pon dah lewat, sebab tunggu hubby balik keja
kami pi kat syaz steamboat, belakang pacific prai
sampai pon dah pukul 9.30pm..orang pon dah tak berapa ada
tapi makanan dia still banyak g

memula tu cadang nak pi seoul garden kat auto city
tapi memandangkan masa tak mengizinkan kami pi kat syaz steamboat ni
seoul garden pukul 10.30pm dah tutup kat sini sampai pukul 12.00am
sempat la kami makan & sembang-sembang
dok situ dari pukul 9.30 sampai 11.45 hehe..sampai semua orang dah tak da
kami orang last..




Add caption



Selasa, 24 Disember 2013

34 Weeks...

Fuhh...semalam rasa macam dah nak beranak
perut ni memulas- mulas, keras emacam ja
rasanya sebab makan buah rambutan banyak kot semalam
ditambah pulak dengan buah nangka...lagi terbaik la

dari pukul 2am sampai 4am ++
sakit tak terkata..habis pinggang semua sakit
nasib la bangun pagi ni dah tak sakit, kalau tak MC la aku hari ni
tapi buah nangka tu aku rasa makan 2 hiris ja..
rambutan memang banyak la, lagi manis lagi sedap, lagi sedap lagi banyak makan
akhirnya...mulut sedap, badan jugak yang merana

Smile..... :)
              

Ahad, 22 Disember 2013

MENDOBI BAJU BABY

Mendobi apa yang patut… aku mula dobi yang lama, yang kakak-kakak punya dulu.Mula memunggah beg yang tersimpan rapi ngeh..ngeh… 
Dalam tuh ada kain lampin, barut, mittens, booties, topi. Semua elok lagi , boleh di pakai semula. Baju – baju pun ada jugak , tapi yang still elok la aku ambik cuci balik. Boleh la buat salin kan..
Baby banyak menyalin, pakai banyak. Kalau beli baru semua, nanti pakai 3 bulan pastu tak pakai dah…

Tapi, aku still beli barang baru untuk baby. Macam barang yang perlu aku beli baru , yang pakai sat-sat tu aku repeat yang kakak-kakak baby punya. Lampin pun aku tak beli, sebab tak pakai sangat. Kalau pakai pun untuk bedung baby @ lap apa yang patut ja. Tapi masa pi shopping barang baby baju la aku beli paling banyak. Cakap nak beli 5-6 pasang ja, tapi terbeli lebih heh..heh…




 

Sabtu, 21 Disember 2013

PULAU PANGKOR

Hari tu cuti kami pi jenjalan Pulau Pangkor..sebenarnya aku tak pernah sampai lagi Pulau Pangkor ni. Besat jugak , tempat kecik tapi seronok kenderaan tak berapa banyak & semestinya tak jam. Pantai-pantai kat sini cantik-cantik. Dah sampai sana mesti la tak lepaskan peluang borong makanan kering. Macam ikan kering , ikan bilis, sotong kering & banyak lagi. Tapi aku beli tak banyak pon, beli takat nak makan ja.

kami bertolak dari rumah lepas husband aku balik keja, dalam pukul 9 lebih gak la..nak siap-siap semua lagi kan. Sampai lumut pukul 1 pagi jugak la. Kami ambik hotel murah ja, asalkan ada katil, tv, aircond, bilik mandi ja..sebab nak tidoq ja, esok pagi dah nak keluar jenjalan, buat apa ambik yang mahal kan. RM80 ja dia charge kami.. memula tu plan naik bot pi pulau pangkor kat jetty lumut ja. Tapi ada kawan cakap kat jetty lumut selalu orang ramai, pastu jauh sikit. Dia suruh kami pi anik kat Jetty Marina..memang betui apa yang kawan aku cakap, sampai kat jetty lumut orang punya ramai macam semut. Tapi tambang dia murah RM10.. kat Marina orang tak ramai sangat, tambang RM16. Kalau ada kad ahli RM10, orang kat kaunter tu sarankan kami buat kad & dapat karga ahli RM10 seorang. Sat ja..10 minit dah sampai. Nasib baik la aku tak pening & muntah.

Sampai ja kat jetty Pangkor dah ada orang tunggu, Tanya nak sewa keta ka motor. Kami empat beranak termasuk dalam perut 5, takkan nak sewa moto kan. Kami ambik keta..mahal gak la sewanya RM100 untuk 3jam. Sembang punya sembang dapat la discount RM80 3jam. Kalau pi langkawi pon tak mahal macam ni, sebiji keta RM80-RM100 sewa sehari kat langkawi. Ni 3jam ja..nak buat macam mana kena ambik jugak la, kalau tak tak jalan la. Ha..teksi pon ada. Tapi teksi depa jenis van mini tu, warna pink lagi. Tambang dia satu kepala RM15 untuk 1 destinasi saja. Fikir balik kalau naik teksi rugi pulak, nanti x leh nak singgah merata. Kalau singggah  1 tempat, turun..pastu nak naik kena bayar lagi.


Cantik pantai....sayangnya takleh turun dari keta. anak-anak tidur keletihan.
 

Marina Bay....tuggu beli tiket Bot
 
 
Tuggu Bot Sampai
 
Harga tiket & masa Bot berlepas
 

 


Macam Comel Jer...

Macam comel jer kan....


memang comel....

memang comel...

hehe.... :)

Jumaat, 20 Disember 2013

Tahniah....

semalam keputusan PMR keluar
anak saudara aku termasuk jugak antara orang yang berdebar-debar pi ambik keputusan.
apa yng aku nak cakap ialah TAHNIAAAHH... Nor Amni Najihah
dapat 5A 3B

Nor Amni Najihah
:)

Khamis, 19 Disember 2013

5th anniversary...



Happy 5th Anniversary
14 december 2013 hari tu, sabtu lepas genap la 5 tahun aku kawen.
Hehe…sat ja dah 5 tahun, Dah nak masuk anak 3..seyes laju J

Tiap-tiap tahun kami akan sambut, cuma cepat atau lambat ja.
Tahun ni punya belum sambut lagi. Sebab tak da hari yang sesuai. Tapi bukan la sambut besar-besaran, sekadar pi makan-makan ja.

Jumaat, 22 November 2013

30 Minngu Usia Kandungan

Lately rasa susah sikit nak bernafas. Rasa tersangkut-sangkut, Maybe perut makin penuh baby makin membesar sampai nak bernafas pun termengah-mengah. Pastu badan pun berangin semacam. Nak sendawa pun rasa susah.

Nak tengok TV pun serba tak kena, mana taknya baring terlentang tak selesa, mengiring tak selesa, duduk menegak pun rasa temengah-mengah. Kena duduk macam berbaring tu baru selesa. Kekadang tu en.hubby ada juga tolong picit-picitkan belakang. Lega lah sikit...

Setelah sekian lama meninggalkan gejala muntah memuntah, akhir-akhir ni dia mai balik. Tak leh makan banyak sikit, makan lebih mesti rasa naik atas & keluar balik. Bukan rasa meloya, tapi rasa perut penuh. Mungkin sebab perut penuh ngan baby. Tapi mulut ni sentiasa nak makan, lapar katanya…. He..he…

Aku rajin gak pi website babycenter baca apa yang patut kat situ memang dia ada cakap akan rasa macam ni. Tapi seingat aku masa 2 orang ank dulu tak macam ni. Mungkin depa kecik kot. Kakak 1.8kg ja nk rasa apa kan…adik 2.2kg. tapi Alhamdulillah, la ni dua2 makin membesar. Dah nak masuk 5 tahun & 4 tahun.


“sesak nafas adalah perkara biasa semasa hamil. Dikatakan bahawa tiga perempat wanita hamil yang tidak pernah mengalami masalah ini sebelum ini, akan rasa sesak nafas pada satu ketika semasa hamil. Masalah sesak nafas boleh bermula dalam trimester pertama atau kedua. Ia berlaku kerana perubahan semula jadi dalam badan anda akibat kehamilan.

Anda mungkin perasan bahawa kini bahagian dada dan rusuk anda semakin melebar. Ini kerana rusuk anda bergerak ke atas dan ke luar apabila anda hamil supaya terdapat lebih ruang untuk paru-paru.

Hormon kehamilan iaitu progesteron juga membuatkan badan anda mengubah cara ia menyerap oksigen dalam darah melalui paru-paru. Akibatnya, badan anda menjadi lebih sensitif terhadap tahap karbon dioksida (gas yang dihembus keluar) dalam badan anda.

Perubahan ini bermakna bahawa badan anda melakukan tugas dengan lebih baik dalam memproses oksigen dan karbon dioksida. Anda bernafas pada kadar yang sama seperti sebelum hamil. Tetapi sekarang, dengan setiap nafas, anda bernafas dengan lebih dalam. Ini dikatakan adalah punca utama anda rasa seperti sesak nafas.

Menjelang penghujung trimester ketiga, saiz bayi yang semakin membesar boleh membuatkan anda sesak nafas. Pada peringkat ini, uterus (rahim) anda benar-benar mula menolak ke atas ke arah diafragma, iaitu lapisan otot yang terletak di bawah tulang rusuk. Diafragma anda pula menekan paru-paru. Pada ketika ini, anda mungkin akan rasa sesak nafas sekiranya anda tidak mengalaminya sebelum ini, terutamanya jika kedudukan bayi anda tinggi.

Walaupun anda rasa seolah-olah sebuah enjin yang menyedut dan menghembus udara apabila anda menaiki tangga, jangan risau. Perkara ini adalah normal dan tidak membahayakan”.



kat bawah ni ada tips untuk membantu mengurangkan sesak selama kehamilan ibu :

1.       Disarankan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman untuk ibu hamil. Senaman untuk ibu hamil dapat membuat tubuh tetap sehat dan bugar. Tentu saja senaman tersebut harus sesuai dengan usia kehamilan. Senam hamil biasanya dilakukan pada usia 28 sampai 30 minggu masa kehamilan.


Senaman ringan seperti :

i.         Berjalan
ii.       Berenang
iii.      Kelas senaman dalam air
iv.     Yoga dan regangan
v.       Tarian

2.       Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan tegak agar ruang paru-paru tidak tertekan dan mempunyai ruang lebih untuk bernafas.

3.       Ketika tidur usahakan supaya  kepala dan bahu diatas pada satu atau dua bantal.

4.       Jika sesak dirasakan ketika berdiri atau berjalan, istirahatlah, bongkokkan badan dan sandarkan badan pada kerusi atau bantal. Jika sesak belum juga berkurang, berjumpa dengan doktor atau bidan Anda.

Isnin, 18 November 2013

SURAT AKUAN BUJANG

Sapa pernah dengar surat akuan bujang..
Hehe..masa aku kawin 5 tahun lepas tak dak pulak pejabat agama minta surat akuan bujang. Minggu lepas staff tempat aku kerja minta buat surat akuan bujang. Maskudnya surat akuan yang orang tu still bujang. Masa depa minta suruh buat tu aku tercengang jugak, sebab tak pernah dengar.
Depa cakap kalau yang ada majikan suruh majikan buat surat, kalau tak dak majikan @ kerja sendiri suruh ketua kampong buat.

Aku pun tak tau nak Tanya sapa..jadi aku google la..memang betui pun la ni nak kawin kena ada surat akuan bujang ni ha..
Macam-macam kan la ni. Sapa yang tak tau tu, kat bawah ni ada contoh dia..



Jumaat, 15 November 2013

Sakit Mata

hari tu aku post kat blog pasai anak-anak aku kena ketumbit..
yang adik tu memang betul jadi ketumbit..kakak pulak kena sakit mata (yang mata jadi merah tu), bangun pagi selasa tu mata jadi merah-merah & bengkak. aku plak sampai kat ofis pagi tu mata pun merah-merah, ada selaput bagai.
selaput macam tahi mata cair tapi tebal warna kuning nak hijau..pedih & sakit.
seingat aku sebelum ni memang aku tak pernah sakit mata.

pi klinik ambik ubat dapat la MC 2 hari...boleh dok umah rehat.
tapi, hari khamis tu ada penyampaian hadiah kat sekolah anak-anak. kena pi la jugak, kalau tak pi kesian pulak kat depa. kakak dah pandai, kalau tak pi balik rumah dia akan merungut.

INFEKSI-INFEKSI PENYEBAB MATA MERAH, GEJALA-GEJALA MATA MERAH YANG DIJANGKITI DAN CARA MERAWATNYA
1. Mata Merah Yang Disebabkan Virus
Penyebab yang menjadi punca kepada mata merah yang meradang adalah infeksi (jangkitan) virus. Sejumlah virus-virus yang berbeza merupakan penyebab utama kepada jangkitan tersebut . Gejala-gejala mata merah yang disebabkan virus biasanya dihubungkan lebih banyak dengan suatu pengeluaran cairan yang tidak berwarna, hijau atau kuning. Seringkali, gejala-gejala virus seperti influensa, seperti hidung yang mampat dan hidung yang hingusan, juga hadir. Kelopak-kelopak mata mungkin juga bengkak. Adakalanya melihat pada cahaya yang terang adalah menyakitkan.
Ketika mata merah yang disebabkan virus, mungkin tidak memerlukan suatu antibiotik, mereka yang mengalami masalah ini harus menemui seorang doktor, kerana adakalanya bentuk mata merah ini dapat dikaitkan dengan infeksi kornea (bahagian jernih dari depan bola mata). Infeksi ini harus diperiksa dan dirawat secara teliti. Mata merah yang disebabkan oleh virus adalah sangat menular. Mata merah yang disebabkan virus biasanya hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari setelah munculnya gejala-gejala.
2. Mata Merah Yang Disebabkan Bakteria
Bakteria yang paling umum menyebabkan mata merah yang dijangkiti adalah staphylococci, pneumococci, dan streptococci.
Gejala-gejala mata merah yang disebabkan bakteria termasuk:
* sakit/nyeri mata,
* bengkak
* kemerahan dan
* suatu jumlah kotoran yang bersaiz sedang hingga besar, biasanya berwarna kuning atau kehijauan.
Kotoran umumnya berakumulasi setelah tidur. Anak-anak yang matanya dijangkiti kuman mungkin terbangun dari tidur dan sukar membuka mata mereka memerlukan sehelai tuala hangat untuk membersihkan kotorannya. Mata merah yang disebabkan bakteria dirawat dengan berulangkali menggunakan tuala hangat pada mata-mata mereka (cuba lakukan ini pada satu mata anak anda setiap waktu selama suatu video yang ia sukai) dan memerlukan ubat-ubat titis antibiotik atau ubat sapu yang diberikan oleh doktor.
Hati-hati untuk tidak menggunakan ubat yang diberikan untuk orang lain, atau dari suatu infeksi lama, kerana mungkin ini tidak memadai untuk infeksi anda yang sekarang atau mungkin telah tercemar dari infeksi-infeksi lain dengan secara kebetulan menyentuhkan botol ubat pada bahagian-bahagian yang terinfeksi. Suatu kaedah yang mudah, efektif dan kurang menakutkan untuk anak anda, untuk meneteskan ubat tetes ke dalam mata-mata melibatkan meminta anak anda untuk berbaring, dengan arahan-arahan untuk hanya “menutup mata-mata anak anda” dan menempatkan jumlah-jumlah tetesan yang dicadangkan pada sudut bahagian dalam dari mata, dekat jambatan hidung dan biarkan mereka membuat suatu “danau” kecil di sana.
Ketika anak anda bersantai dan membuka mata-matanya, ubat tetes akan mengalir dengan perlahan ke dalam selaput-selaput lendir yang terinfeksi tanpa keperluan untuk “memaksa buka” mata-matanya.
Ketika anda merasa bahwa anda atau anak anda mungkin mempunyai mata merah yang disebabkan bakteria, adalah sangat penting untuk menemui doktor anda segera untuk beberapa sebab.
Pertama, jika penyebabnya adalah suatu infeksi bakteria, suatu antibiotik akan diperlukan untuk membantu sistem imun yang melawan infeksi untuk membasmi infeksi ini.
Kedua, jika anda mengalami gejala-gejala lain seperti hidung yang hingusan, batuk, sakit telinga dan seterusnya, ada suatu kesempatan yang baik bahwa gejala-gejala ini disebabkan oleh bakteria-bakteria yang sama dan suatu antibiotik oral mungkin sangat baik diperlukan untuk merawat infeksi ini bersama dengan ubat-ubat tetes antibiotik atau ubat sapu untuk mata.
Akhirnya, doktor anda akan ingin menidakkan kemungkinan bahawa infeksi telah menyebar ke bahagian-bahagian di mana gejala-gejalanya mungkin masih belum nampak.
::- info utusan online

***aku pun guna cara di atas, suruh kakak (anak) pejam mata..titis ubat pastu buka mata. secara automatik ubat akan masuk sendiri dalam mata. tak yah nak paksa-paksa suruh dia buka mata waktu titis ubat.

Selasa, 12 November 2013

KENA JUGA MINUM

Dalam dok kata tak mau minum. Last-last kena jugak minum… air gula (glukos) yang sedap tu.
Bila aku Tanya nurse pasai apa kena minum, sebab berat aku tak naik sangat..kandungan gula pun ok. Nurse tu cakap sebab umur lebih dari 25 tahun mesti kena minum. Ya ka? Kakak aku umur 30++ anak no-2 tak kena pon. Pregnant sama aku jugak..Cuma kakak aku awal 2 minggu dari aku.

Mau tak mau kena pi jugak..sedap sesedap air . sedap tak terkata hahaha…
Orang minum air gula ambik darah 2 kali, aku kena ambik darah 3 kali. Nak buat ujian FBC depa kata.
Entah la..dah la sekali ambik 5ml. setiap kali aku pi klinik mesti kena ambik darah 3-5ml. fuuhhh…dah lali.

Memula minum tu tawakal ja…takut termuntah balik. Nasib baik tak luar balik.. pastu masa nak pi test urine, tunggu orang ramai sangat kepala pon dah rasa pening berdiri lama. Akhirnya…kluar jugak, smpai kluar warna kuning & hijau aku pon tak tau kluar apa. Rasa pahit-pahit macam ubat, tapi malam tu aku posa mmg tak makan apa pon. Tak tau la keputusan ok ka tak sebab aku muntah balik lepas 2 jam baru nak ambik darah kali ke 2, lepas minum air gula tu. Kalau bagitau nurse aku muntah, kena minum lagi. Jadi aku diam ja la..

-: KETUMBIT :-

ketumbit?  Tau tak? Mesti semua tau kan… Pernah kena? Dulu masa sekolah kalau mata jadi ketumbit confirm tak mau pi sekolah sebab takut kena boo... ngan kawan-kawan kat sekolah.



Depa mesti cakap "Heeee... Ang pi mengendap sapa"
Hehe…

Minggu lepas adik (anak ke-2) kena ketumbit, bangun pagi ja mata penuh tahi mata pastu nak buka jadi sepet. Tanya kakak, dia cakap kat sekolah ada kawan jadi. Aku rasa mungkin berjangkit..
Pagi kelmarin dah surut sikit, bangun pagi ni dah tak kembung dah mata adik.
Tapi…mata kakak pulak. Bangun pagi ni cakap mata kakak tak boleh buka, aku tengok bengkak boom, tahi mata pon banyak. Kesian tengok, tak pi sekolah lah hari ni hantar pi umah mak tok. Balik keja nanti bawa p ambik ubat.

Typical Malaysian. Naik ketumbit ja kaitkan dengan intai mengintai. Dari orang tua-tua dulu lah…
Keluar teori naik ketumbit, sama dengan mengendap orang…

Aku cuba gak google petua nak hilangkan ketumbit, macam-macam keluar. Masa aku kecik dulu mak aku letak bawang putih, tapi seingat aku rasa gatai kalau letak bawang putih. Letak kat anak nanti jenuh menggaru pulak. Pastu cikgu anak-anak cakap ikat benang hitam kat jari tengah. Kalau kena mata kanan ikat mata kiri, kalau kenan mata kiri ikat mata kanan.  Tapi aku tak ikat pon, sebab aku pregnant..takut gak nak ikat-ikat benang ni.

Pastu aku ada jumpa satu doa ni :

Sambil gosok secara lembut tempat ketumbit tu

1. Baca surah Al-fatihah 1 kali.

2. Baca doa di bawah ni 3 kali

"Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar, dan membesarkan segala yang kecil. Kecilkanlah apa yang ada padaku”

3. Selawat 3 kali

4. Yakin kepada Allah

Baca banyak kali..

Doa ni boleh juga untuk hilangkan bisul, jerawat or apa2 yang tumbuh di badan..InsyaAllah
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya
Berusahalah mencari penawar.

GEJALA KETUMBIT :

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Ketumbit boleh dibahagikan kepada dua jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
Jenis kedua ialah keradangan yang disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air (kalazion).
Ketumbit tidak berbahaya, tidak kira saiznya besar atau kecil. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Kadang kala, seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya.
Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah:
Ø  Mata berair.
Ø  Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
Ø  Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
Ø  Kelopak mata menjadi merah dan bengkak.
Biasanya ketumbit mengambil masa tiga hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
Rawatan utama untuk ketumbit ialah pembedahan kecil atau penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman.
Pembedahan juga hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan.
Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.
Pada peringkat awal, kalazion dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.
Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu. Ketumbit juga tidak menyebabkan kebutaan! Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata.
Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.
Ketumbit boleh menyebabkan sedikit gangguan penglihatan jika ia menjadi terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, di mana ia menyebabkan astigmatisme.
Anak yang sering mendapat ketumbit juga bukannya kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja.
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain! Ini kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.
Jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak anda, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.
Pembedahan kalazion untuk golongan dewasa dan kanak-kanak juga berbeza dan hanya dilakukan jika perlu.
Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan.
Bagaimanapun, kanak-kanak akan memerlukan bius am (penuh) untuk menjalani pembedahan ini atas sebab-sebab yang jelas.


INFO : UTUSAN ONLINE

 

Khamis, 7 November 2013

Persiapan & Keperluan Bayi baru lahir

Ha..... shopping keperluan baby la paling seronok
bagi ibu-ibu & bakal ibu, termasuk lah aku
walaupun dah masuk anak ke-3 (ermm laju kann..haha...)

Bulan ni kompom aku pi shopping segala barang keperluan baby
dah tak sabaq ni... walaupun masih tak tau jantina baby
nanti lambat-lambat takut tak sempat beli pulak
terbesalin awal, mana tau kan.... macam kakak dulu, nasib baik la semua barang dah beli

Disebabkan aku dah berpengalaman, meh aku kongsi barang keperluan baby .. :)

1. Baju & seluar - 6 pasang (lengan panjang beli 1 aje dah…
   panas) ~ beli macam² colo & saiz (klu saiz new born 2 @ 3
   pasang ja cukup ~ baby cpt besar).
2. Sarung tangan dan kaki - 5 pasang.
3. Topi baby utk mengelakkan ubun² sejuk – 1 @ 2 ja.
4. Bedak, sabun, syampo, minyak rambut – 1 set kecil ja.
   (Nanti mesti dpt hamper punya, bagi anak pertama la biasa
    akan dapat byk)
5. Lampin – 1 dozen (guna utk bedung baby)
6. Diapers size S @ new born (beli brand murah @ sedang2 ja
   dulu coz baby kerap berak)
7. Selimut baby – 1 helai
8. Towel – 2 helai @ beli set kembar pink & blue (utk buat
   salin)
9. Barut – 5 helai, elakkkan perut masuk angin(seelok²nya buat
   sendiri, aku pakai yg lama mak aku buat 8 helai)
10.Kelambu – 1 jer
11.Tilam baby (tilam kekabu kakak2 elok g, cuma tukar sarung
   ja)
12.Bantal – 1 kepala 2 peluk (mak aku buat dulu kecik 2, peluk
   dua, sedang 1, besr sikit 2 - pakai sampai besaq :)
13.Bantal separuh bulat @ bantal karipap (yg dekat tengah² tu
   kosong) ~ sesuai bagi kepala baby licin @ straight
14.Botol susu – 1 botol besar & 1 botol kecil
15.Tisu basah – 1 botol besar
16.Kapas @ Cotton bud
17.Tisu kotak @ tisu bulat
18.Minyak telon utk mengelak perut kembung ( aku pakai myk
   yu yee mmg sesuai ngan ank2 aku, tak panas sgt)
19.Krim utk ruam lampin. ( blh dpt kat farmasi @ kedai ubat)
20.Plastik alas tidur
21.Besen mandi baby
22.Bakul letak kain baju
23.Bakul sampah kecil (letak pampers @ sampah)
24.Pam perah susu
25.Stokin (yg tebal sikit utk pakai dalam pantang)
26.Tungku (mesti bertungku, klu tak nanti badan lenguh2)
27.Minyak panas (utk sapu kat kaki, tak mau bagi urat kembang)
28.Berus untuk basuh botol susu

***rasa yg ni ja kot yg penting,..



Keperluan tambahan (klu perlu)

1. Katil baby @ Play pen (aku tak beli pun, tapi kali ni macam
   nak beli..insyaallah)
2. Buai (dah ada, tak yah beli)
3. Bouncher (tak penting sgt)
4. Kereta sorong (lepas pantang pun boleh beli)
5. Kerusi dlm kereta (yang lama masih elok, bg ibu yg bekerja
   mesti beli)
6. Walker (5 bln ke atas baru beli pun tak pa)


ok...selamat bershopping  :) 

 

Rabu, 6 November 2013

Mom & Kids Fair @ PISA Penang 2013





Errmmm...
memandangkan aku dah nak masuk 7 bulan minggu ni
excited la nak pi beli barang baby
tambah pulak nampak banner Mom & Kids Fair kat PISA 01-03 nov 2013
lagi berkobar-kobar la nak pi menyoping

tapi sayangnya....bila sampai ja kat PISA
rasa sungguh menghampakan, tak banyak barang pun
yang bayak ofrer stroller baby ja...
barang-barang yang lain tak dak pon, baju baby pon tak dak
atau mungkin aku yang lambat..
masa aku pi tu dah last day, hari ke 3



Kakak & adik seronok dapat bergambar ngan si beruang ni :)
adik tu sebenarnya takut..

ni ja yang dapat aku rembat "tommee tippee bottle"
yang kecik 5oz RM23 , yang besar 9oz  RM27
sebelum ni aku tengok kat super kecik RM34.90 besar RM43.90
jimmmaattt....

tengok muka adik tu.,....masa nak balik
muka merajuk, sebab husband x mau dukung dia
nak berjalan mana asyik nak dukung ja...pengsan..
aku memang tak dukung dah..

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...