Isnin, 29 April 2013

Tak Sihat

Assalamualaikum...

masuk hari ni dah 3 hari aku sakit kerongkong, nak telan air liur sakit, nak makan sakit.
rasa macam kerongkong ni sempit & bengkak.

air asam dah minum, ais dah tak minum, ubat dah makan..masih lagi tak hilang-hilang.
nasib baik la tak batuk, kalu tak lagi teruk.




aku google cari petua nak hilangkan sakit kerongkong. ramai yang sarankan "gargle" ngan air garam.



 campurkan air garam ngan air suam


pastu 'gargle' la..jangan pulak pi telan
(semua photo ihsan google)

tapi, tak jugak hilang, mungkin kena gargle banyak kali kot :)

sempat lagi snap photo walaupun sakit he..he..
muka pn dah pucat.


Jumaat, 26 April 2013

Edit Blog by Aini Zakaria

Assalamualaikum...

ada sesetengah dari hampa mungkin dah terperasan blog aku berwajah baru he..he...
cantik..aku suka..terima kasih Adik Aini, sudi edit blog Akak :)

sapa yang tak kenal lagi, boleh la berkenalan ngan dia : http://www.ainizakaria.my/
mana nak tau kot2 dapat edit blog free he..he... (lawak je Aini, jangan marah)

tak silap aku bulan december 2012 hari tu aku ada join segmen adik Aini ni
"Segmen Sapa Nak Edit Blog Percuma"
disebabkan aku ni tak berapa nak reti edit blog, aku pon try nasib..
tengok-tengok aku dapat..he..he... seronok la :)

aku cuma bagiatu ja kat adik Aini aku nak warna yang lembut-lembut, simple..pastu bagi dia slogan aku untuk dia letak kat blog, tu ja.


Cantikkan ... :)

Khamis, 25 April 2013

Samsung Galaxy S4

Assalamualaikum....

samsung ni asyik keluar smartphone baru ja,...
dah nak terpengaruh...asyik tukar smartpnoe ja





Specifications

Network/Bearer and Wireless Connectivity

  • GSM 3G | HSPA+
  • EDGE / GRPS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz)
  • HSPA+ (850 / 900 / 1,900 / 2,100MHz)
  • Wi-Fi: 802.11a/b/g/n/ac HT80
  • Wi-Fi Direct available
  • Bluetooth 4.0: PBAP, PBA, A2DP, AVRCP, HFP, HSP, OPP, SAP, HID, PAN, MAP)
  • NFC available
  • DLNA, MHL 2.0 support
  • KIES, KIES Air support

Display

  • Full HD Super AMOLED
  • 16M Colour Depth
  • 5.0" Display Size
  • 1920 x 1080 Resolution

Rabu, 24 April 2013

Wordless Wednesday I Semak Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Assalamualaikum..

Mari lah mari, kita menyemak
lokasi mengundi.............

he...he...

http://www.pru13.gov.my/default.semakan.php

Selasa, 23 April 2013

Bankrap la Ibu Kalau Macam ni

Assalamualaikum...

Pi watson, asal nk beli 1 barang ja, pi ngan anak-anak boleh jadi 10 barang


Asal nak beli air untuk lens saja, dah bertambah 2 vitamin.
padahal kat dah banyak jenis vitamin

tengok tu, dok pilih lagi..

Isnin, 22 April 2013

Where Your Good Services - Piza Hut

Assalamualaikum...

tajuk bukan main...kelasss...he..he...

hari sabtu hari yang eksited nak pi makan piza yang baru tu, yang semuanya double..
ajak kakak-kakak & mak aku pi makan, sebab dah terliur dah tengok piza baru tuh.
dalam iklan bukan main, tapi hampeh.

tapi aku sedar bukan salah piza hut pun, salah pengurusan tempat yang kami pi makan tu.
kat mana???... jeng..jeng..jeng... Auto City (kat ngan umah mak aku)
sebenarnya aku x pernah makan pon kat sini (walaupun dekat ngan umah aku, masa dok ngan mak aku dulu), tempat lain banyak kali la. tapi service baguss, tak macam ni.

malam sabtu tu kami keluar pukul 8.00 lebih, lebih kurang 10 minit sampai..
dah la cari parking pon susah, ada cina buat consert kanak-kanak apa ntah. sabar ja cari parking..
pukul 8.30 kami dah terpacak dalam piza hut tu...

orang yang mai ambik order bukan main lagi, terloncat-loncat, lari sana lari sini, terkejar sana sini..
tapi, orang order 2 jam x sampai-sampai. orang yang duduk belakang, tepi & depan kami dah bertukar orang lain dah, pastu orang baru tu pan dah dapat apa yang depa pesan, kami apa pon xda smata-mata air ja. order macam-macam tapi dapat air ja.

kakak aku, apa lagi terus pi kat belakang cari manager.. tanya dia, boleh dia cakap pekerja dia main-main. kalau dah main-main dia tu kena lah marah sebab dia tu manager.

tak pa, sabar lagi..tunggu dalam 10 minit piza pon sampai. tapi still tak puas hati..piza yang sampai tu nipis mlayang macam capati. dah hbis mkn, tak sampai jugak lagi makanan lain yang kami order. anak kau order ais krim pon belum sampai, padahal ais krim tu cedok ja buh dalam cawan, bukan susah.

kakak aku lagi skali pi belakang, tanya nama manager cakap nak komplain, terketar-ketar dia. padahal awal tadi bukan main menyombong, kami tanya meja kosong pon x jawab, kena pi cari sendiri. kalau tempat lain diorang carikan. rupanya memang ramai yang komplain malam tu....
kakak aku cakap kat dia, kira yang kami makan ja, yang lain tak mau kira sebab tak dapat. masa tu dah pukul 10.00++ dah....
kalau hampa rasa macam mana?




membaca sungguh la si budak kecik ni, sampai nak rapat nganmeja mata tu

anak aku pon dah seidh, makan tak mai


kakak asyik tanya ais krim ja

makanan tak dapat, bergambar je la kami...


Jumaat, 19 April 2013

MINI CONTEST : KIRA BATU KRISTAL by MAMA DARWIISH

Assalamualaikum..

Join GA

apa lagi, jom la join.. :)



Jawapan saya 38 Batu Kristal


CARA2 :
* Kira berapa banyak batu kristal kat dalam banner di atas.Semua ye termasuk di dalam & diluar gelas.
* Buat satu entri dengan tajuk  MINI CONTEST : KIRA BATU KRISTAL by MAMA DARWIISH
* Dalam entri korang tu nanti letakkan jawapan korang ye JAWAPAN :

senang kan :)

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat

sumber : google

*** Pesanan untuk diri sendiri jugak :)

Khamis, 18 April 2013

Peneman Setia Di Ofis

Assalamualaikum...

kat ofis aku ada peneman setia, kalau tak da memang aku tak boleh nak hadap komputer.
kekadang buat keja pun tak boleh, kalau peneman setia tu tak da...

he..he... jangan salah faham. peneman setia aku tu sebenarnya ni la :

Asam-asam kering :)

kalau tak da ni memang tak boleh buat keja, mata asyik nak tertutup ja.
tambah pulak kalau malam sebelum pagi (hik..hik..betul ke ayat) tidoq lambat, memang parah la kalau tak da asam-asam ni

Rabu, 17 April 2013

Periksa IMEI sebelum membeli handphone

Assalamualaikum...

Pertama kali hari tu aku nampak ada kat wall facebook aku pasal IMEI ni
jadi aku pun share...
Kali ni aku nak share kat Blog pulak
mungkin ramai yang dah tau, kalau sapa yang dah tau tu .. apa lagi, tutup mata ler hikk...hikk...

Ok.. IMEI ni adalah International Mobile Equipment Identity

sebenarnya aku sendiri pun dah buat semakan kat handphone aku, rasanya lebih tepat kalau hampa semua nak tau dari mana asal handphone hampa..

IMEI tu tahap nak ukur keaslian handphone hampa, kalau la hampa nak beli henset & tuan kedai tu
kata handphone hampa asli , original (sama la kan) dan lain-lain.. ni la masa dia , hampa nak check

Pasai apa nak tau?...
Ha..kena la tau kan, handphone yang kita beli tu original ka tak..kalau tak rugi ja beli mahal-mahal
sat ja rosak.


Cara Pertama :-

Hampa bukak cover belakang handphone hampa, pastu hampa cabut batery hampa tengok number kat Body handphone hampa.

macam ni :
he..he.. sorry malas nak buka handphone aku :)




Cara Kedua :-

Hampa boleh hantar SMS   *#06# , automatik akan keluar number IMEI hampa

macam ni...

ni no IMEI Handphone aku



Cara Ketiga :-

*** ni dari Handphone aku

pi kat menu

Pilih Setting

About Phone

Status.. Nampak tak IMEI
tu la number dia

macam mana nak tau?..

 Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8.

Contohnya, untuk no siri
359598040475402, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.

Sila rujuk semula :
02 atau 20 : Dari Emirates / India = KUALITI RENDAH
08 atau 80: Dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10 : Dari Finland = KUALITI TERBAIK
00 Dari Kilang Asal = EXCELLENT!

05 atau 50 : Kilang Brazil, USA @ Finland = TERBAIK
06 atau 60 : Dari Kilang Hong kong, China atau Mexico = BAIK
03 atau 30 atau 04 atau 40 : Made in China = KUALITI BAIK

13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI DAN MUNGKIN MERBAHAYAKAN KESIHATAN (menurut kajian yang dibuat.)
Handphone aku 05 maknanya dari  brazil, USA @ Findland = Terbaik :)
aku beli kat Sen Heng Kulim..

yang sedihnya Handphone lama aku ni .. Corby II
Code dia 04 ... Dari China
maknanya Tipah Tertipu la Yer...
nasib baik masa aku beli tu RM300++ ja

Selasa, 16 April 2013

Bracelet With Watch

Assalamualaikum..

Bracelet with Watch ataupun Rantai Tangan dengan Jam :)
nampak-nampak tu terus ja beli, berkenan dah lama...cantikk...
tapi, murah ja

 Cantikkan....


Guess Bracelet with Watch - RM450

sebenarnya berkanan yang atas ni, tapi tak termampu lagi :)
sebab duit nak guna untuk yang lain
***mungkin suatu hari nanti

Amin...


Isnin, 15 April 2013

Kakak Dah Potong Rambut

Assalamualaikum...


semalam baru ja potong rambut kakak, aku sendiri yang potong :-p
sebenarnya dah lama dia minta nak potong, dari minggu lepas lagi. tapi, aku buat tak tau ja..

bukan apa...rambut kakak dah panjang sampai pinggang, cantik... atas lurus bawah curl gulong-gulong tu. aku sendiri sayang nak potong..sabar ja la.

tapi, dah dia nak potong nak wat macam mana kan..dia cakap rimas. aku tengok pun kesian, kadang-kadang tidur tu sampai berpeluh-peluh.



***Rumah mak tok sebelah husband


Sabtu, 13 April 2013

Shiffon 2 Layer Gred : AAA

Assalamualaikum...

Maaf Entry Ini Melekat, Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entry Terbaru


Saya ada  stock 
Tudung Shiffon 2 Layer 
Gred : AAA 
Awning : Thai Silk 



Jumaat, 12 April 2013

Kenapa Rezeki susah Masuk

Assalamualaikum..



Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :-

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang(mengeluh) perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu d...
an ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit (KEDEKUT)
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam.

 
***Mak selalu cakap, jangan cakap tak ada duit nanti duit selalu tak ada.
      Duit ada, tapi nak guna untuk lain...

Khamis, 11 April 2013

Teluk Batik

Assalamualaikum....

Layan Teluk Batik :)
 
 

 

 

adik takut air

tunggu ayah buat istana pasir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 

 

kat mana-mana pun kena duit :)

cantik kan...
 
 
 


Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...