Jumaat, 23 Ogos 2013

Chocolate Yogurt




Coklat yogurt from Australia...hehe.. :)
bukan aku yang pi australia, tapi ofismate aku
dia yang bagi coklat ni

Ramai ofismate aku yang pi australia (semua chinese)
and dah banyak kali aku dapat coklat ni (macam-macam jenis)
sedap coklat ni, aku suka
dalam dia ada badam & kacang hazel

Aku?.. ntah tak tau boleh sampai ka australia hehe...
mungkin dalam mimpi boleh sampai la kot :)

Letihnya...

Letihnya nak ulang alik
dari klinik ke hospital, hospital ke klinik
Macam ni la masalah kalau preggy berat badan tak naik
hrmm...

Nak kata tak makan, aku dah makan la ni
Masa awal preggy sampai 3bln ja aku tak lalu
La ni boleh la masuk sikit..

Vitamin pon dah beli vitamin tambahan
Nak bagi badan & darah stabil (sebab hb rendah)

21/08/2013 aku pi klinik ibu & anak, check up macam biasa
berat still 44kg, tapi tak kena marah :)
26/08/2013 ni kena pi jumpa pakar plak kat Hospital Seberang jaya
Aku pon tak tau depa nak buat apa
pi ja la, kalau tak pi nanti susah pulak kalau jadi apa2
Pastu awai bulan 9 & tengah bulan 9 kena pi lagi
huwaaa....tension betui... 

Isnin, 19 Ogos 2013

Berjalan Sakan

Assalamualaikum..
rakan blogger :)

Jumaat lepas sampai Ahad kami 4 beranak (termasuk 5 dlm perut) :)
sempat pi jalan-jalan makan angin..tapi tak jauh pun, dekat-dekat ja (tak larat nk pi jauh-jauh)
Masa cuti raya tak sempat nak pi jalan-jalan, cuma pi raya rumah saudara ja.

Memula tu tak rancang pon nak pi mana..kalau rancang takut tak jadi.
Lagi dua hari nak pi baru terfikir nak pi mana.
Erm...cuma pi Lost World Tambun, ronda-ronda Pekan ipoh.
Balik tu singgah Pekan kuala kangsar ja.

Lost world tambun & pekan kuala kangsar memang aku tak pernah sampai
ni baru pertama kali. kalau pekan ipoh tu pernah la..tu pon masa kecik-kecik dulu
tak membangun lagi masa tu.

Nanti aku kongsi Pic.. :)

Jumaat, 16 Ogos 2013

Risiko HB Rendah

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL:

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1.Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti

Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping 
Daging ayam: bahagian dada 
Kerang: 20 biji 
Ikan bilis 

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin .

- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan
HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.


Ehsan dari google

HB rendah

Aku start bukak buku merah bulan lepas 24.07.2013 kat KKIA (klinik kesihatan ibu dan anak) masa tu dah masuk 3 bulan ++
memula check HB 10.7 , nurse tu tak puas hati  dia tekan lagi sekali darah aku dapat 10.9
dia cakap ok boleh ambik. Tapi biasa kalau paling ok 11 dan ke atas.


Ehsan Google

Mungkin sebab aku tak da selera makan tu yang HB aku rendah.
Pastu nurse tu pon bagi la kat aku vitamin yang 4 beradik tu.
Ala...vitamin yang orang tak suka makan masa preggy.
Aku pon memang tak suka makan dari preggy anak sulong lagi.
Kalau makan vitamin tu aku lagi tak da selera nak makan makanan lain.
Aku cuma ambik Vitamin B-Complex Asid Folic Shaklee, kakak aku yang bagi. sehari makan sebiji.
kebetulan dia pon preggy, dia beli bagi aku separuh..untung kan :) 
kalau dulu 4 bulan ke atas aku akan ambik Obimin..


Vitamin B-Complex Asid Folic Shaklee

yang ni aku Google

PUNCA HB RENDAH:
  1. Peningkatan dalam isipadu darah
  2. Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  3. Penurunan kadar HB normal
  4. Kurang pengambilan zat besi dalam diet
  5. Kekurangan folic acid
  6. Pendarahan gastrointestinal
  7. Kehilangan darah dari pendarahan buasir




Khamis, 15 Ogos 2013

4 Bulan sudah

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum.. Memula sekali nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan blogger :) heh..heh... dah lama tak muncul, ni muncul pulak apa kes kan... kesnya...malas nak menaip la aku ni kalau preggy mesti malas dalam segala hal dari preggy anak sulong sampai la no 3 ni.. aishh... Apa-apa pon nak minta maaf banyak2 sebab dah lama tak pi jenguk blog hampa ha... ni nak kongsi pic Raya :)


Tudung kakak sampai senget :)
punya nak posing sampai pejam mata (masa ni pi umh tok)
ni semua kakak-kakak ku :)

yang depan sekali tu kakak ipar aku

ibu & anak (kakak & anak saudara)

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...