Khamis, 31 Januari 2013

Kenapa Nama Kakak Panjang Sangat

Assalamualaikum

tergamam aku
anak aku yang sulong tu baru umur 3 thn 4 bulan
dia tanya aku

"ibu, kenapa nama kakak panjang sangat, Intan Damia Marissa Binti Mohd Fazli"

aku?
terdiam x terkata :)

pastu baru boleh jawab
"tak pa la"
yang tu ja mampu jawab

aku tanya
"kakak tak mau ka, tak pa nanti kita pi tukar..letak intan marissa saja"

kakak
"tak mau....nak nama intan damia marissa jugak"

he..he...
kakak ni memang pandai cakap
mulut dia sentiasa bertanya, tak pernah diam
kalau dalam kereta dari pi ke satu destinasi sampai balik
tak letih tanya

cuma waktu dia tidur & demam ja
mulut dia akan diam
kami pun mula risau kalau dia demam
ya la, biasa dok dengar suara dia ja

Shawl Half Moon 3 Tone Koeksi Marissa (Batch 2)

Assalamualaikum

Maaf entry ni melekat
untuk entry terbaru sila scroll ke bawah



hari ni ada 5 helai Shawl yang macam sebelum ni
baru ja sampai jumaat lepas (25.01.2013)
Batch 2
SHAWL HALF MOON 3 TONE (READY STOCK)
UNTUK ORDER SILA PM :)
email : mazliza09@gmail.com
tel/sms : 017-4093707
LIZA



Material : Chiffon
Rekabentuk : Half moon, 3 warna
Inner : Tidak disediakan
Saiz
Warna
Harga : RM 30
Keterangan : tudung yang berbentuk half moon (separuh bulan) diperbuat
drpd. material chiffon/jorjet, menggabungkan 3 warna berlainan
(colour block), senang nak 'match' dengan warna baju. tambah
menarik dengan juntaian manik di hujung shawl. List
memudahkan tudung terbentuk sesuai dipakai dengan anak
tudung ninja :)


**Warna sebenar mungkin sedikit berbeza daripada asal disebabkan faktor
pencahayaan
Harga tidak termasuk kos penghantaran
PERCUMA KOS PENGHANTARAN untuk pembelian tudung melebihi 2 helai
Kos penghantaran : Semenanjung RM5 / Sabah & Sarawak RM8;


dark pink,blue & brown
1 Availabe
SOLD



Maroon, Grey & Green
1 Available


Light purple, Peach & light brown
1 Available
SOLD
"aku buat keputusan ambik yang ni"
sebab 1st batch hari tu tak sempat nak rembat, orang dah beli semua
hik..hik..


Pink like Peach, Purple & Dark Purple
1 Available
SOLD


Pink, Orange & Light brown
1 Available
SOLD




ni la yang aku rembat, dah pakai pi kenduri tadi petang :)


Rabu, 30 Januari 2013

Lee Garden Hotel Hat Yai

Assalamualaikum

pi Hat Yai hari tu , masa nak balik
manager aku  cadang pi makan buffet kat Lee Garden Hotel
masa tu tak tau lagi mahal ka murah
sebabnya Lee Garden Hotel tu Supermarket + Hotel
dengar pun mesti mahal kan

tapi salah sangkaan aku , tak mahal pun buffet kat Lee Garden Hotel ni
169++ THB = RM 16.90++ saja seorang
macam hidangan ada, lebih dari 20 jenis, pencuci mult , salad, ais krim semua ada 
sedap pulak, yang tak leh tahan tom yam dia
memang tak sama ngan kita punya kat malaysia ni



sup sayur
*tak brapa suka sebab pekat*


Tom Yam


Salad


buah-buahan, pelam (mangga) dia memang tak leh tahan
sedap....


abaikan pinggan yang kosong tu
hik...hik...


aku tak makan nasi, sebab aku tau kalau makan nasi
nanti tak leh nak makan yang lain..kenyang
banyak lagi hidangan, tapi lupa nak snap photo ... dok ingat makan ja
he..he... :)


Sabtu, 26 Januari 2013

Nasi Ayam Madu

Assalamualaikum

he..he...
sebenarnya cerita ni dah lepas, cerita cuti Maulud Nabi
baru ni :)
ceritanya ... aku masak nasi ayam madu
jemput family aku mai makan
sedap....
 
disebabkan aku cuti hari tu, terasa rajin
nak jemput family mai makan :)
aku suka sangat makan nasi ayam madu
sebenarnya tak susah buat nasi ayam madu ni
senang ja... hik..hik...
 
ni baru first time aku buat
jadi....
depa kata boleh pacak kedai kat depan rumah aku ni
apa lagi...kembang setalam la aku
:)
 
 

 
 
 
dah tersedia..tunggu tetamu mai ja
 
 
 
 
 
 
erm...nampak sedap tak :)
 
 
 
 
semua bergelimpang lepas makan nasi ayam madu aku
"perut kenyang"
 
 
 
 
 
 
Azfar Zuhair
 
 
Wah...licin
 

Jumaat, 25 Januari 2013

Hamid Restoran Hat Yai

Assalamualaikum

pasal makan kat Hat Yai pulak
masa pi Hat Yai hari tu tak makan kat Hotel
cuma breakfast ja makan kat hotel
kami makan kat luar, tapi tak campur la dengan staff2 chinese
sebab depa pi makan kat restoran makanan cina

dalam pekan Hat Yai tu ada 1 restoran muslim ja
Hamid Restoran Hat Yai
kebanyakan pelayan Hamid Restoran Hat Yai ni
oarang Pattani, ramai yang boleh cakap melayu, senang la kan
tak la jadi macam ayam & itik .. ahaks :)

Hamid Restoran Hat Yai ni
betui-betui tengah pekan, dekat pulak dengan kami punya Hotel
senang... :)
apa kami makan??
jom layan...


:)




sempat posing sebelum makanan sampai


Officemate (K.Shida)


walaupun depa pakai putih semua, tapi tak nampak kesan kotor pun
bersih :)




kami berdua ja makan .. peace :)


siakap masak masam manis


brokoli goreng udang


Tom Yam ..
(kalau nak yang merah kena pesan, kalau tak depa bagi putih punya Tom Yam)

Rabu, 23 Januari 2013

Bye..Bye...Hat Yai

Assalamualaikum

he..he....sudah pulang daku dari Hat Yai, tapi msih lagi terasa keletihan
(padan la muka gedik sangat nak berjalan) kan...
mana tak letih, hari sabtu pagi bertolak 
sampai ja terus panjangkan kaki pi shopping-shopping 
pastu ahad tu pukul 1.00pm ++ dah balik 
mai penang 

kali tak jalan  mana-mana hanya area pekan Hat Yai ja 
tak macam pi Annul Dinner hari tu 
pernah buat entry  KAT SINI , SINI & SINI
masa Annual Dinner hari tu puas jalan sebab 4 hari 3 malam
ni 2 hari 1 malam x sempat nak rest
posing pon tak banyak , shopping ja lebih

: ( ...  : (  ...  : (  ...

masa ni nak tinggalkan Hat Yai dah sempat lagi posing :)

Jumaat, 18 Januari 2013

Tangan Terasa Gatal

Assalamualaikum

minggu ni tangan kanan terasa gatal yang amat sangat
macam nak terima sesuatu
tambah-tambah hari ni, lagi terasa gatal 
he...he...

agak-agak nak dapat apa
ha...ha...
Chinese New Year pon dah dekat
memang dok tunggu-tunggu ja tangan ni
tak sabar dah :)

dapat apa?
BONUS  la....la...la....
semangat nak shopping mai tiba-tiba
tambah pulak esok nak pi Hat Yai
huishh....

"jangan jelous uols"
hati dah berbunga-bunga dah ni

Khamis, 17 Januari 2013

3 Hal

Assalamualaikum


3 hal yang tak pernah kembali
  • Waktu
  • Perkataan
  • Kesempatan
3 hal yang membuat kita dewasa
  • Kesabaran
  • Ketulusan
  • Rasa Syukur
3 hal tak pernah kekal
  • Harta
  • Jabatan
  • Manusia
3 hal membuat kita berharga
  • Komitmen
  • Kerendahan Hati
  • Kejujuran

Renung-renungkan :)
 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum

sebenarnya nak cerita pasal Wordless kelmarin  :)
banyak sangat password nak kena ingat
personal & pejabat
 
sendiri :
facebook,blog,nuffnag,email 1,email 2, bank 1, bank 2,
macam2 la...
pejabat pon sama jugak
password tu password ni, sampai pening
kadang-kadang tersalah password :(
 
adoi...
 
 


Rabu, 16 Januari 2013

Wordless Wednesday

Selasa, 15 Januari 2013

Sekadar Renungan

Assalamualaikum

sumber : facebook

:)

Strawbery Farm Cameron Highlands : Best

Assalamualaikum


nak kongsi pic cameron lagi :)
 
 

 
jom..tempat ni memang tinggi
nak turun dia masyaallah,..rsa cam nak terbalik keret (curam)
 
 
adik & kakak
 
 
ibu pon tak lepaskan peluang :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
kakak & adik seronok

 
tudung coklat mertua & tudung purple my mom :)
 
 
hai... aku ler :)

Isnin, 14 Januari 2013

Mood : Ke Hat Yai

Assalamualaikum




Floating Market Hat Yai

tinggal berapa hari ja lagi nak sampai 19.01.2013
tapi mood aku dah ke Hat Yai
he..he...
(awai berangan)

sebenarnya ni trip company
tapi tak semua pi, cuma staff kat HQ ja (penang)
ada la dalam 20 orang
aku ni seronok-seronok tergedik-gedik
tak sabar nak pi dah
(ya la semua FREE, FREE, FREE)
sapa tak mau kan
dari makan, tempat tidur, transport, yang penting massage
semua free , kalut la nak pi

tapi , risau gak
sebabnya passport aku tak cari lagi
seingat aku hari tu letak kat umah mertua, masa tu tak pindah lagi
masa pindah aku rasa tak bawak (rasanya la...)
nanti balik nak kena cari
kalau tak melepas la aku, dok sronok-sronok nak pi
last-last tak leh pi pulak


Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...