Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 @ 1435 Hijrah

Malam ini akan berlalu,
minggu ini akan beranjak,
bulan ini akan pergi,
tahun ini akan meninggalkan.
Sejarah kehidupan, catatan suka dan duka,

Masa lalu adalah sejarah,
hari ini adalah goresan,
hari esok adalah harapan.
Selamat datang tahun baru 2014.
Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan.
Kenangan tetap kenangan, selamat datang harapan.
Tahun 2014 yang bermakna dengan menyambut orang baru J

Selamat menghadapi cabaran tahun baru 1435 hijrah.



Mulakan awal tahun ini dengan membaca doa yang biasa terdapat pada buku-buku di Malaysia.
Terima kasih kepada yang telah berjasa meletakkan doa ini di laman maya. Semoga usaha ini berkembang dan menjadi sedekah jariah hingga ke syurga.

Jangan lupa baca dan hayati maknanya. 
Mari baca ramai-ramai!



Celebrate 5th Anniversary...

huhu...sebenarnya dah lepas, tapi still nak cerita kat blog ni :)
celebrate anniversary ala kadar ja..
kali ni rasa nak pi makan steamboat

masa pi tu pon dah lewat, sebab tunggu hubby balik keja
kami pi kat syaz steamboat, belakang pacific prai
sampai pon dah pukul 9.30pm..orang pon dah tak berapa ada
tapi makanan dia still banyak g

memula tu cadang nak pi seoul garden kat auto city
tapi memandangkan masa tak mengizinkan kami pi kat syaz steamboat ni
seoul garden pukul 10.30pm dah tutup kat sini sampai pukul 12.00am
sempat la kami makan & sembang-sembang
dok situ dari pukul 9.30 sampai 11.45 hehe..sampai semua orang dah tak da
kami orang last..




Add caption



Selasa, 24 Disember 2013

34 Weeks...

Fuhh...semalam rasa macam dah nak beranak
perut ni memulas- mulas, keras emacam ja
rasanya sebab makan buah rambutan banyak kot semalam
ditambah pulak dengan buah nangka...lagi terbaik la

dari pukul 2am sampai 4am ++
sakit tak terkata..habis pinggang semua sakit
nasib la bangun pagi ni dah tak sakit, kalau tak MC la aku hari ni
tapi buah nangka tu aku rasa makan 2 hiris ja..
rambutan memang banyak la, lagi manis lagi sedap, lagi sedap lagi banyak makan
akhirnya...mulut sedap, badan jugak yang merana

Smile..... :)
              

Ahad, 22 Disember 2013

MENDOBI BAJU BABY

Mendobi apa yang patut… aku mula dobi yang lama, yang kakak-kakak punya dulu.Mula memunggah beg yang tersimpan rapi ngeh..ngeh… 
Dalam tuh ada kain lampin, barut, mittens, booties, topi. Semua elok lagi , boleh di pakai semula. Baju – baju pun ada jugak , tapi yang still elok la aku ambik cuci balik. Boleh la buat salin kan..
Baby banyak menyalin, pakai banyak. Kalau beli baru semua, nanti pakai 3 bulan pastu tak pakai dah…

Tapi, aku still beli barang baru untuk baby. Macam barang yang perlu aku beli baru , yang pakai sat-sat tu aku repeat yang kakak-kakak baby punya. Lampin pun aku tak beli, sebab tak pakai sangat. Kalau pakai pun untuk bedung baby @ lap apa yang patut ja. Tapi masa pi shopping barang baby baju la aku beli paling banyak. Cakap nak beli 5-6 pasang ja, tapi terbeli lebih heh..heh…




 

Sabtu, 21 Disember 2013

PULAU PANGKOR

Hari tu cuti kami pi jenjalan Pulau Pangkor..sebenarnya aku tak pernah sampai lagi Pulau Pangkor ni. Besat jugak , tempat kecik tapi seronok kenderaan tak berapa banyak & semestinya tak jam. Pantai-pantai kat sini cantik-cantik. Dah sampai sana mesti la tak lepaskan peluang borong makanan kering. Macam ikan kering , ikan bilis, sotong kering & banyak lagi. Tapi aku beli tak banyak pon, beli takat nak makan ja.

kami bertolak dari rumah lepas husband aku balik keja, dalam pukul 9 lebih gak la..nak siap-siap semua lagi kan. Sampai lumut pukul 1 pagi jugak la. Kami ambik hotel murah ja, asalkan ada katil, tv, aircond, bilik mandi ja..sebab nak tidoq ja, esok pagi dah nak keluar jenjalan, buat apa ambik yang mahal kan. RM80 ja dia charge kami.. memula tu plan naik bot pi pulau pangkor kat jetty lumut ja. Tapi ada kawan cakap kat jetty lumut selalu orang ramai, pastu jauh sikit. Dia suruh kami pi anik kat Jetty Marina..memang betui apa yang kawan aku cakap, sampai kat jetty lumut orang punya ramai macam semut. Tapi tambang dia murah RM10.. kat Marina orang tak ramai sangat, tambang RM16. Kalau ada kad ahli RM10, orang kat kaunter tu sarankan kami buat kad & dapat karga ahli RM10 seorang. Sat ja..10 minit dah sampai. Nasib baik la aku tak pening & muntah.

Sampai ja kat jetty Pangkor dah ada orang tunggu, Tanya nak sewa keta ka motor. Kami empat beranak termasuk dalam perut 5, takkan nak sewa moto kan. Kami ambik keta..mahal gak la sewanya RM100 untuk 3jam. Sembang punya sembang dapat la discount RM80 3jam. Kalau pi langkawi pon tak mahal macam ni, sebiji keta RM80-RM100 sewa sehari kat langkawi. Ni 3jam ja..nak buat macam mana kena ambik jugak la, kalau tak tak jalan la. Ha..teksi pon ada. Tapi teksi depa jenis van mini tu, warna pink lagi. Tambang dia satu kepala RM15 untuk 1 destinasi saja. Fikir balik kalau naik teksi rugi pulak, nanti x leh nak singgah merata. Kalau singggah  1 tempat, turun..pastu nak naik kena bayar lagi.


Cantik pantai....sayangnya takleh turun dari keta. anak-anak tidur keletihan.
 

Marina Bay....tuggu beli tiket Bot
 
 
Tuggu Bot Sampai
 
Harga tiket & masa Bot berlepas
 

 


Macam Comel Jer...

Macam comel jer kan....


memang comel....

memang comel...

hehe.... :)

Jumaat, 20 Disember 2013

Tahniah....

semalam keputusan PMR keluar
anak saudara aku termasuk jugak antara orang yang berdebar-debar pi ambik keputusan.
apa yng aku nak cakap ialah TAHNIAAAHH... Nor Amni Najihah
dapat 5A 3B

Nor Amni Najihah
:)

Khamis, 19 Disember 2013

5th anniversary...



Happy 5th Anniversary
14 december 2013 hari tu, sabtu lepas genap la 5 tahun aku kawen.
Hehe…sat ja dah 5 tahun, Dah nak masuk anak 3..seyes laju J

Tiap-tiap tahun kami akan sambut, cuma cepat atau lambat ja.
Tahun ni punya belum sambut lagi. Sebab tak da hari yang sesuai. Tapi bukan la sambut besar-besaran, sekadar pi makan-makan ja.

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...