Khamis, 19 Jun 2014

ELOK AMALKAN

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada     makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang,        
    membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. 
    Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, 
    membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak 
    yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan 
    belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah 
      mendapat sakit pada hati

Isnin, 16 Jun 2014

RAMBUT OH RAMBUT..

Salam Blogger Masalah rambut gugur huhu..Memang nak atasiTahun lepas dah ok dah rambut aku niLepas habis pantang ja tahun ni, makin menjadi-jadi disebabkan melahirkan anakSehari boleh katakan dekat segenggam jugak la rambut aku luruhTambah pulak baby dah pandai buat beloon buih ngan air liurLagi bertambah luruh rambut aku ni, lama-lama boleh botak niDah bermacam shampoo aku try still tak okDok tercari-cari lagi shampoo apa yang sesuai  PUNCA KEGUGURAN RAMBUT 1. Melahirkan anak Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
ni betoi
 2. Penyakit tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
ni tak dak 3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
x penah serius buat masa ni 4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
aku x diet  5. Ubat-ubatan Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant) akan menyebabkan kegugran rambut sementara waktu. Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
x ambil ubat-ubatan 6. Rawatan kanser Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
ni pon xda 7. Hormon Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan.
entah :) 8. Produk Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya.
mungkin produt yg aku guna x sesuai 9. Kurang vitamin Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.
mungkin 10. Genetik Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama berdasarkan faktor genetik.
tak kot.. 11. Aliran darah tidak sempurna Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
boleh jadi 12. Sikap Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
yang ni x

Sabtu, 14 Jun 2014

KLCC

Salam Blogger

Errmm...
hari tu holiday tak kemana pon, ke KL ja
bawa anak-anak jenjalan
musim cuti sekolah ni kan
lagipon tak pernah lagi singgah KLCC ni ha..
tempat lain tu pernah la

anak-anak bukan main seronok lagi
sebabnya kat KLCC tu boleh mandi-manda
depa ni tak boleh nampak air
dah nampak tu mula la nak mandi
kalau boleh air pancut yang depan pintu KLCC
tu pon depa nak mandi
he..he...

and syok jugak cuti-cuti mata kat KLCC ni
insyaallah..ada rezeki mai shopping sini he..he..




Jumaat, 13 Jun 2014

AEON Bukit Mertajam

erm...
dengar ja supermarket baru
mesti aku nak terjah hehe...
bukan aku saja semua orang macam tu kan

AEON bukit mertajam
atau aku lebih suka panggil jusco :)
nama lama dia

aku terjah waktu kerja, hari pertama dia buka 4/6/2014
adoi...punya ramai orang
berebut-rebut nak pi
hari pertama kan...mesti banyak offer
aku pon kejar offer jugak ahak...

masuk ja parking dah jem
sampai pusing 5 kali baru nak dapat
nak masuk parking dalam memang tak la...
kereta beratuq sampai bawah
pusing gak la kat luaq tu sampai pening & jumpa parking

aku ni bukan apa saja gediks gak
nak pi AEON tu dah tau orang ramai
padahal bukan jauh pon ngan umah aku (x sampai 1 km)
macam la hari lain x da kan

lepas hari tu, sampai hari ni
aku x terjah pon kali ke 2 AEON
malas kira keretak kat parking
biaq la lasam dulu supermarket tu baru aku pi pulok :)



Khamis, 12 Jun 2014

Holiday


Selasa, 10 Jun 2014

Italian Romano Chicken Piza

try piza baru
ermm...sedap jugak, Italian Romano Piza
tapi macam nipis sikit dia punya roti

selalu anak-anak tak brapa makan piza
kali ni depa makan pulak, habis pulak 1 piza tu. biasa tak kan habis
spageti pon depa makan sampai licin

#anak2 makin membesar




Rambut dia...hehe..
tak mau ikat langsung




Sabtu, 7 Jun 2014

Picnic

Weekend lepas tak tau nak buat apa. Fikir-fikir dah lama tak pi picnic, then jadi la pi picnic hari ahad tu. Lagipun dah banyak kali anak2 ajak nak mandi laut.
Masak cincai2 ja.. nasi & nasi goring J cukup. Air plak oren sunguick.

Asalnya nak buat sambal belacan + ikan merah masak lemak. tup-tup letrik plak tak da, umah aku xda lesung batu nak buat sambal,  blender ja. klu kat kg ada la. jadi x buat la sambal belacan, masak lemak je la.

picnic kat Batu Feringghi jer :)








ibu...tanpa make up
ha..ha..
Seronok bukan main depa


Nasi Goreng Tom Yam
~cincai~

Jumaat, 6 Jun 2014

Laksa Beras Homemade

Ermm..sedapnya, laksa beras buat sendiri.
Dulu kecik-kecik kalau raja ja umah mak rajin buat & makan laksa beras  ni, sedap. Dia lembut tak liat macam laksa kedai.     
Sekarang ni laksa kedai tak leh makan buat sendiri la jawabnya.
Nak kata tak leh makan baru bersalin, tak da sebab. Laksa beras ni hanya  guna tepung beras yang di kukus ja. Pastu kuah dia jangan la taruk bunga kantan, kan dah boleh makan.
He..he…


Khamis, 5 Jun 2014

4 Bulan

Baby Medina dah 4 bulan setengah
Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik J

Selepas demam masa umur 2 bulan ++ tu tak demam dah. Tu pun demam sehari ja esok tu baik. Katanya demam campak sebab kluar biji2 merah tapi macam ruam saja, Cuma 2 hari pastu hilang.
Perkembangan masa 4 bulan ++ ni dah pandai kunyap-kunyap bila tengok orang makan, gigit jari & barang yang ada kat tangan dia. Nak bagi makan tak berani sebab perut baby still x matang lagi. Tengok kesian, tapi sabar..

“Lagi sebulan lebih ja Baby, nanti kita makan”

Badan pun dah alih-alih dah ha…tapi macam segan, meniarap 2 kali ja pastu x mau dah. Sampai la sekarang ni. Sejak dah dah besar sikit ni minum susu pun kuat, brestfeeding dah x mau. Mungkin tak cukup, susu pun kurang.  Sebab sekali dia minum 4-5oz dua jam sekali. Kadang-kadang tak sampai 2 jam pun. Mungkin stakat tu ja rezeki dia untuk brestfeeding.

Malu-malu kucing

Suka dia..

Tidoq dengan nyenyaknya..

Yeeahhh...dah boleh

Ini budak nak tidoq dah pandai merengek

Bantal busuk tak lupa

Kalau dulu nak tidur main letak ja kat mana-mana terus lena. Kadang tengah menyusu pun lena. Sekrang ni jangan dok harap la, dah pandai mengamok. Kena tepuk-tepuk bagai baru nak tidur. Tapi still tak naik buai lagi, nanti x tau kot2 dia nak naik.

 

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...