Jumaat, 13 September 2013

5 Month already

Ermmm...rasa macam sat saja. kandungan aku dah 5 bulan. perut kali ni rasa macam kecik dari preggy sebelum ni. kecik pun tak pa, janji baby sihat :)

Sekarang ni aku dah pandai makan (ada selera makan) ..
huh..nak tunggu ada selera tu menyiksa, sampai 5 bulan. lepas ni boleh la masuk apa pon dalam mulut & tekak ni. kalau tak sebelum ni makan kena memilih, kalau tak kena bau pon tak boleh..huhu..



Pic ni baru ambil kemarin...nampak x clear, sebab bilik ni waktu siang gelap gulita.
Buka lampu pon gelap


Bila dilindung dengan beg, macam tak preggy.. hehe...


Petting Zoo Lost World Tambun - Ipoh





Huhuhu....
sebenarnya aku ni dh jemu tengok binatang, tapi dah anak-anak aku suka masuk jugak la Petting Zoo kat Lost World ni.

Kalau nak kira dah banyak kali dah pi Zoo taiping tu, tapi anak-anak tak jemu gak nak tengok binatang. Kalau boleh setiap kali cuti nak pi ZOOoooo.. he..he...

Banyak gak binatang kat Zoo ni. Dari ayam kampung , ayam hutan semua ada. seronok tak kira anak-anak aku dok melayan.

tak snap banyak sangat photo..jenjalan ja.

Jumaat, 6 September 2013

Anak Saudara Baru

Assalamualaikum...

Erm...nak cerita pasai anak saudara baru
Tapi, bukan sebelah aku. sebelah en.suami
Adik kepada laki aku dah selamat bersalin 02 sep 2013 hari tu
Dapat baby lelaki..best kan
(doa bagi aku dapat baby lelaki pulak lepas ni) hehe...

Masa baby dia lahir tu, tak berat sangat tapi normal la 2.17kg
lebih kurang berat anak aku yang no.2 tu (Adik lahir 2.2kg)
tapi la ni sihat walafiat & boolat...

Anak-anak aku punya seronok tengok baby
tapi, aku risau jugak dekat adik..dia suka lari-lari. takut plak jatuh
nasib baik la tak duduk sekali, hari cuti ja kami pi
yang kakak tu ok ja...tak kacau pn baby. cuma main sat-sat ja

erm...lepas ni tunggu giliran aku pulak
tak tau la cam na anak-anak aku nanti ngan baby depa

Muhammad Afiq


Loat World Tambun Part II

Assalamualaikum...

Ada part II lagi...sebab tak cukup nak bercerita :)
Tak habis jalan lagi dalam lost world
jom ikut jalan...



Swan....
Aku ngan kakak tak naik. sebab kakak tak mau naik, dia cuma nak bagi makan ikan & swan saja
Adik pulak tak takut, nak naik. selalu dia la yang takut kalau nak naik apa-apa
dia naik ngan en.suami saja


Seronok kakak bagi makan ikan & swan
makanan ikan depa jual RM1 sebungkus, boeh la..banyak jugak
tapi,  main ngan anak-anak aku sebungkus tak cukup, 3 bungkus baru cukup hikhik...


Jenjalan dalam ni ada 1 restoran.. nampak macam dalam gua
nampak enik sangat, tak singgah pon. nampak seram pon ada hehe...

nampak menu dia

Dulang Tea Haouse :

Teluq ayam kampung RM3 sebiji habaq mai
tengok la menu yang C tu : Biskut Lutut hikhik

tak tau la bentuk dia macam lutut ka tak... :)


Gajah pon ada... tapi gajah batu :)

Khamis, 5 September 2013

Lost World Tambun, Ipoh

Assalamualaikum....

Rasanya dah lama entry ni..nak publish kat blog ni tak da masa sangat-sangat hehe.
rasanya dah lebih 2 minggu :)

Kami bertolak 16.08.2013 pukul 9.00 malam, lepas en.suami balik keja.
Memula tu ingat nak berkampung kat bukit merah dulu..
erm...dah alan-alang kan, terus ja la. kami sampai dalam pukul 12.00 ++ kot
lupa dah... sebelum tu beli MCD dolu (en.suami dh lapar, aku xda selera lagi nak makan)
lepas beli MCD tu terus g check in hotel...
tidur ZZZzzzzzZZZZzzz....


Bangun pepagi tu siap-siap sempat lagi berposing hehe...
kami bangun awal, takut nanti kat lost world tu orang ramai..tak sempat nak menikmati air hikkhikk

habis posing turung bawah bekpes dolu
aku cuma ambik nasi lemak letak kacang skit, ikan bilis & sambal
nasi lemak depa tak sama macam nasi lemak penang
kat penang terbaik :)
anak-anak & en.suami makan mee & koey teow goreng

selesai makan, terus pi lost world
sebenarnya awai lagi masa tu. baru pukul 9.00 lebih
dah tergedik-gedik nak pi main air :)
kalau ikut dari hotel 15 minit ja pon..



yeeaayyy...dah sampai. posing dulu ... harus la kan...
Tiket masuk sini Dewasa Rm48, kanak-kanak RM41 (lebih kurang ja kan)
Tapi budak kalau tinggi kurang dari 90CM tak kena bayar...
pi ukur adik, ngan-ngan 90cm .. tak kena bayar. jimat RM41
kalau mai lagi sekali confirm ken bayar.



sampai ja kat dalam baru teringat, lupa nak bawa baju mandi depa
beli kat dalam tu, ya ampun punya la mahai
aku ingat nak beli baju mandi yang lengan suku & panjang skit sampai paha tu
tau harga berapa?? RM125
kalau kat super baru RM50 - RM80

last-last beli yang belang merah tu. sehelai RM28.. beli 2 helai
adik plak tak habis-habis nak bole. asyik bola, bola, bola
kat rumah tu dah banyak bola dia. nasib baik tak gaduh nak pelampung
kalau tak, dok usung pelampung dia ja..bukan nak main sangat

Jom layan depa mandi...




Dah kecut semua, kita kasi panas sikit..
jom naik train, pusing-pusing Lost World...


Lepas naik train sambung lagi mandi-manda haha....bagi puas


 ok...ni yang last.
kami start mandi pukul 10.00 ++
habis pukul 3.00 ++ anak-anak pon seronok.
lepas siap, semua pakat lapaq....
kami pilih nak makan nasi ayam ja, senang...
kakak 1 bungkus setengah..huhu. adik biasa la, minah saleh nasi tak makan

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...