Isnin, 25 Mac 2013

For Sharing

Assalamualaikum....


ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu...... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"

ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja sangat kuat di dalam hidup. Kita seharusnya tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa menghabiskannya dengan orang yang penting dalam hidup kita; orang yang dekat di hati kita. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

Sesetengah perkara adalah lebih penting dari kerja...

Isnin, 18 Mac 2013

Sedih....

Assalamualaikum...

dah lama tak mengadap blog ni...
ari tu sibuk pasal annual dinner
pastu ngan adik (ank no 2) plak kena
chicken pox

dah baik , demam panas pulak menyerang dua
anak aku tu ..
nak jenguk blog pun tak sempat



Rabu, 13 Mac 2013

Masquerade Party

Assalamualaikum ...

:)
 
 
 
Dinner ni kat tingkat atas sekali Hotel ni
lupa dah nama restoran dia he,..he,..
yang pasti restoran ni pusing sambil kita nikmati makanan
boleh tengok bandar warna-warni kat bandar penang

 
 

 

 

 

 
bhagian tengah ni la berpusing, diorang letak makanan
meja & kerusi di keliling tu
boleh muat 100 tempat duduk dalam satu-satu masa

 









 



35th TSM Annual Dinner

Assalamualaikum..

1-3 March 2013 hari tu
company aku buat Annual Dinner
tapi, kali ni tak jauh .. kat penang jugak
kat nun di pulau sana
Bayview Hotel Georgetown
ala...yang kat tengah-tengah towntu
dekat-dkat padang kota gak
 
ok...malas nak bebel panjang-panjang
jom layan photo aku
 
 
sebelum keluar, posing dulu dalam bilik hotel
yang semak ni :)

 

 

 

 

 

 
ni ofismate aku : kak shida
kat ofis, p mana-mana aku ngan dia ja, lunch pn ngan dia
sebabnya .. kami 2 orang ja melayu kat ofis tu :)

 

Jumaat, 8 Mac 2013

International Women Day's

Assalamualaikum

pagi ni nak mai keja , macam biasa
naik keta terus bukak radio hot Fm
aku suka dengar radio hot Fm dari dulu lagi
best...

pagi ni tajuk Hari Wanita
untung kan kita perempuan ada hari untuk kita
sampai ofis bukak PC klik google
nampak pic ni :)


macam-macam bentuk muka ada
he..he...
wanita ibarat tulang belakang, sebab tu wanita penting
ada Hari untuk Wanita lagi
kepada lelaki , hargailah wanita di sekeliling anda
Peaceee ... :)




Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...