Jumaat, 22 November 2013

30 Minngu Usia Kandungan

Lately rasa susah sikit nak bernafas. Rasa tersangkut-sangkut, Maybe perut makin penuh baby makin membesar sampai nak bernafas pun termengah-mengah. Pastu badan pun berangin semacam. Nak sendawa pun rasa susah.

Nak tengok TV pun serba tak kena, mana taknya baring terlentang tak selesa, mengiring tak selesa, duduk menegak pun rasa temengah-mengah. Kena duduk macam berbaring tu baru selesa. Kekadang tu en.hubby ada juga tolong picit-picitkan belakang. Lega lah sikit...

Setelah sekian lama meninggalkan gejala muntah memuntah, akhir-akhir ni dia mai balik. Tak leh makan banyak sikit, makan lebih mesti rasa naik atas & keluar balik. Bukan rasa meloya, tapi rasa perut penuh. Mungkin sebab perut penuh ngan baby. Tapi mulut ni sentiasa nak makan, lapar katanya…. He..he…

Aku rajin gak pi website babycenter baca apa yang patut kat situ memang dia ada cakap akan rasa macam ni. Tapi seingat aku masa 2 orang ank dulu tak macam ni. Mungkin depa kecik kot. Kakak 1.8kg ja nk rasa apa kan…adik 2.2kg. tapi Alhamdulillah, la ni dua2 makin membesar. Dah nak masuk 5 tahun & 4 tahun.


“sesak nafas adalah perkara biasa semasa hamil. Dikatakan bahawa tiga perempat wanita hamil yang tidak pernah mengalami masalah ini sebelum ini, akan rasa sesak nafas pada satu ketika semasa hamil. Masalah sesak nafas boleh bermula dalam trimester pertama atau kedua. Ia berlaku kerana perubahan semula jadi dalam badan anda akibat kehamilan.

Anda mungkin perasan bahawa kini bahagian dada dan rusuk anda semakin melebar. Ini kerana rusuk anda bergerak ke atas dan ke luar apabila anda hamil supaya terdapat lebih ruang untuk paru-paru.

Hormon kehamilan iaitu progesteron juga membuatkan badan anda mengubah cara ia menyerap oksigen dalam darah melalui paru-paru. Akibatnya, badan anda menjadi lebih sensitif terhadap tahap karbon dioksida (gas yang dihembus keluar) dalam badan anda.

Perubahan ini bermakna bahawa badan anda melakukan tugas dengan lebih baik dalam memproses oksigen dan karbon dioksida. Anda bernafas pada kadar yang sama seperti sebelum hamil. Tetapi sekarang, dengan setiap nafas, anda bernafas dengan lebih dalam. Ini dikatakan adalah punca utama anda rasa seperti sesak nafas.

Menjelang penghujung trimester ketiga, saiz bayi yang semakin membesar boleh membuatkan anda sesak nafas. Pada peringkat ini, uterus (rahim) anda benar-benar mula menolak ke atas ke arah diafragma, iaitu lapisan otot yang terletak di bawah tulang rusuk. Diafragma anda pula menekan paru-paru. Pada ketika ini, anda mungkin akan rasa sesak nafas sekiranya anda tidak mengalaminya sebelum ini, terutamanya jika kedudukan bayi anda tinggi.

Walaupun anda rasa seolah-olah sebuah enjin yang menyedut dan menghembus udara apabila anda menaiki tangga, jangan risau. Perkara ini adalah normal dan tidak membahayakan”.



kat bawah ni ada tips untuk membantu mengurangkan sesak selama kehamilan ibu :

1.       Disarankan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman untuk ibu hamil. Senaman untuk ibu hamil dapat membuat tubuh tetap sehat dan bugar. Tentu saja senaman tersebut harus sesuai dengan usia kehamilan. Senam hamil biasanya dilakukan pada usia 28 sampai 30 minggu masa kehamilan.


Senaman ringan seperti :

i.         Berjalan
ii.       Berenang
iii.      Kelas senaman dalam air
iv.     Yoga dan regangan
v.       Tarian

2.       Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan tegak agar ruang paru-paru tidak tertekan dan mempunyai ruang lebih untuk bernafas.

3.       Ketika tidur usahakan supaya  kepala dan bahu diatas pada satu atau dua bantal.

4.       Jika sesak dirasakan ketika berdiri atau berjalan, istirahatlah, bongkokkan badan dan sandarkan badan pada kerusi atau bantal. Jika sesak belum juga berkurang, berjumpa dengan doktor atau bidan Anda.

9 ulasan:

Cik Puan Rara berkata...

hehehehe dh masuk 30week ++ mmg rasa sesak kan.nk drive pon penat.hehehe.rindunya masa preggy dulu~

Nurzakiah Hanum berkata...

bestnya

Mimi Azirah berkata...

sekejap je dh 30 minggu ye

:: Mrs.Eady :: berkata...

take care :)

Kesuma Angsana berkata...

biasalah tu, moga dipermudahkan yer !

Cik Puan berkata...

kene menari lah maz....hihihiih...

Farah Waheda Wahid berkata...

wah akak dah 30 minggu yer, saya dah nak masuk 37 minggu...

Mummy GreenyHouse berkata...

rasa macam enjin menyedut dan menghembus..hihi.

ramai tgk ibu2 hamil buat yoga skg ni..menari2 tu tak pernah tgk. tp boleh la kan.. :)

semoga ibu n baby sihat sentiasa.. ;)

Amanda Suria berkata...

Rindu akak nak rasa those moment..tahniah ye..lama x singgah sini..ari tu blog buat hal semua link hilang...

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...