Jumaat, 1 November 2013

Minum Air Gula (MGTT) ketika hamil

Awal bulan oct hari tu pi check up macam biasa..lepas check air kecing ja nurse tu cakap kandungan gula aku tinggi.

Pastu dia cakap kena minum air gula esok tu. Xleh tunggu hari lain sebab tinggi. Aku tengok masa dia check 9.7 ,,, aku sndri xtau bacaan dia macam mana beza.

Depa tanya aku makan apa pagi. Aku cakap makan roti cheese + minum air milo. Depa kata esok pagi mai check sekali lagi, kalau ok xyah minum.

Antara sebab kenapa ibu mengandung kena minum air gula (Glukos)

** Boleh kata hampir semua ibu hamil disarankan ambil minuman bergula.
** Kerana potensi ibu hamil diserang penyakit diabetis adalah tinggi walaupun pada awalnya 
     tak pernah menghidap penyakit diabetis.
** Apabila berat badan ibu hamil melebihi 80kg ataupun berat badan naik secara mendadak.
** Sejarah diri atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini. sama ada dari ibu atau
     bapa, ataupun sejarah kehamilan sebelum ini.

Prosuder persediaan untuk minum air gula :-

** Ibu diminta berpuasa dari jam 10.00 malam sehingga pagi keesokannya.
** Awal-awal pagi pengambilan darah pertama akan diambil sebelum minum air gula.
** selepas ambil darah ibu akan dibekalkan air gula untuk diminum. "mmg pekat gila, aku rasa
     pernah minum sekali dulu"
** Lepas 2 jam minum air gula tu kena minum air gula tu kena ambik darah kali ke 2.
    "kiranya kena bertapak kat klinik la hari tu, selagi belum selesai ambik darah selagi tu lah  
      kena tunggu"

Ha...esok pagi tu aku pi check, alhamdulillah urine OK.. haha...
tak payah la nak minum air gula...selamattt...la...la...la...



p/s ** tak payah nak seronok sangat pn.Liza oi..sebabnya baru nak masuk 6 bulan, ada lagi beberapa
           bulan. Kawan aku sendiri kena minum sampai 3x... best siut... :) 

Tiada ulasan:

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...