Jumaat, 15 November 2013

Sakit Mata

hari tu aku post kat blog pasai anak-anak aku kena ketumbit..
yang adik tu memang betul jadi ketumbit..kakak pulak kena sakit mata (yang mata jadi merah tu), bangun pagi selasa tu mata jadi merah-merah & bengkak. aku plak sampai kat ofis pagi tu mata pun merah-merah, ada selaput bagai.
selaput macam tahi mata cair tapi tebal warna kuning nak hijau..pedih & sakit.
seingat aku sebelum ni memang aku tak pernah sakit mata.

pi klinik ambik ubat dapat la MC 2 hari...boleh dok umah rehat.
tapi, hari khamis tu ada penyampaian hadiah kat sekolah anak-anak. kena pi la jugak, kalau tak pi kesian pulak kat depa. kakak dah pandai, kalau tak pi balik rumah dia akan merungut.

INFEKSI-INFEKSI PENYEBAB MATA MERAH, GEJALA-GEJALA MATA MERAH YANG DIJANGKITI DAN CARA MERAWATNYA
1. Mata Merah Yang Disebabkan Virus
Penyebab yang menjadi punca kepada mata merah yang meradang adalah infeksi (jangkitan) virus. Sejumlah virus-virus yang berbeza merupakan penyebab utama kepada jangkitan tersebut . Gejala-gejala mata merah yang disebabkan virus biasanya dihubungkan lebih banyak dengan suatu pengeluaran cairan yang tidak berwarna, hijau atau kuning. Seringkali, gejala-gejala virus seperti influensa, seperti hidung yang mampat dan hidung yang hingusan, juga hadir. Kelopak-kelopak mata mungkin juga bengkak. Adakalanya melihat pada cahaya yang terang adalah menyakitkan.
Ketika mata merah yang disebabkan virus, mungkin tidak memerlukan suatu antibiotik, mereka yang mengalami masalah ini harus menemui seorang doktor, kerana adakalanya bentuk mata merah ini dapat dikaitkan dengan infeksi kornea (bahagian jernih dari depan bola mata). Infeksi ini harus diperiksa dan dirawat secara teliti. Mata merah yang disebabkan oleh virus adalah sangat menular. Mata merah yang disebabkan virus biasanya hilang dalam tujuh hingga sepuluh hari setelah munculnya gejala-gejala.
2. Mata Merah Yang Disebabkan Bakteria
Bakteria yang paling umum menyebabkan mata merah yang dijangkiti adalah staphylococci, pneumococci, dan streptococci.
Gejala-gejala mata merah yang disebabkan bakteria termasuk:
* sakit/nyeri mata,
* bengkak
* kemerahan dan
* suatu jumlah kotoran yang bersaiz sedang hingga besar, biasanya berwarna kuning atau kehijauan.
Kotoran umumnya berakumulasi setelah tidur. Anak-anak yang matanya dijangkiti kuman mungkin terbangun dari tidur dan sukar membuka mata mereka memerlukan sehelai tuala hangat untuk membersihkan kotorannya. Mata merah yang disebabkan bakteria dirawat dengan berulangkali menggunakan tuala hangat pada mata-mata mereka (cuba lakukan ini pada satu mata anak anda setiap waktu selama suatu video yang ia sukai) dan memerlukan ubat-ubat titis antibiotik atau ubat sapu yang diberikan oleh doktor.
Hati-hati untuk tidak menggunakan ubat yang diberikan untuk orang lain, atau dari suatu infeksi lama, kerana mungkin ini tidak memadai untuk infeksi anda yang sekarang atau mungkin telah tercemar dari infeksi-infeksi lain dengan secara kebetulan menyentuhkan botol ubat pada bahagian-bahagian yang terinfeksi. Suatu kaedah yang mudah, efektif dan kurang menakutkan untuk anak anda, untuk meneteskan ubat tetes ke dalam mata-mata melibatkan meminta anak anda untuk berbaring, dengan arahan-arahan untuk hanya “menutup mata-mata anak anda” dan menempatkan jumlah-jumlah tetesan yang dicadangkan pada sudut bahagian dalam dari mata, dekat jambatan hidung dan biarkan mereka membuat suatu “danau” kecil di sana.
Ketika anak anda bersantai dan membuka mata-matanya, ubat tetes akan mengalir dengan perlahan ke dalam selaput-selaput lendir yang terinfeksi tanpa keperluan untuk “memaksa buka” mata-matanya.
Ketika anda merasa bahwa anda atau anak anda mungkin mempunyai mata merah yang disebabkan bakteria, adalah sangat penting untuk menemui doktor anda segera untuk beberapa sebab.
Pertama, jika penyebabnya adalah suatu infeksi bakteria, suatu antibiotik akan diperlukan untuk membantu sistem imun yang melawan infeksi untuk membasmi infeksi ini.
Kedua, jika anda mengalami gejala-gejala lain seperti hidung yang hingusan, batuk, sakit telinga dan seterusnya, ada suatu kesempatan yang baik bahwa gejala-gejala ini disebabkan oleh bakteria-bakteria yang sama dan suatu antibiotik oral mungkin sangat baik diperlukan untuk merawat infeksi ini bersama dengan ubat-ubat tetes antibiotik atau ubat sapu untuk mata.
Akhirnya, doktor anda akan ingin menidakkan kemungkinan bahawa infeksi telah menyebar ke bahagian-bahagian di mana gejala-gejalanya mungkin masih belum nampak.
::- info utusan online

***aku pun guna cara di atas, suruh kakak (anak) pejam mata..titis ubat pastu buka mata. secara automatik ubat akan masuk sendiri dalam mata. tak yah nak paksa-paksa suruh dia buka mata waktu titis ubat.

8 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

take care

Farah Waheda Wahid berkata...

get well soon sis... memang tak suka kalau sakit mata ni...

Cik Puan Rara berkata...

rara sakit punggung.hehehe.selalu org tua2 suh ckp cm tu kalau ada org sakit mata.hehehe

Haryati Faizal berkata...

bagus info in thanks maz...

Sya Mimie berkata...

saya pernah kena sakit mata teruk. ntah napa. nasib la xde pape yang rosak..

Sylarius Yusof berkata...

Tension kalau terkena sakit mata ni. Tengok cahaya sikit, bole silau mata jadinya. Hmmm... Get well soon.

Mimi Azirah berkata...

semoga cepat sembuh

QasehnyaRania berkata...

alolo.sian awak
ciksu setakat ni alhamdulillah belom pernah lagi sakit mata

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...