Selasa, 19 Februari 2013

Bayi Mangsa Dera Tak Bergerak

Assalamualaikum


KUANTAN – Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lalu dimasukk...an ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.

“Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAA, hari ini.

Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.

Nina Suraya berkata, pihak hospital menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.

“Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Pada 15 Februari lalu, bapa kepada bayi itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh mengalami lebam-lebam ditangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.

Pembantu rumah berkenaan ditahan pada hari yang sama. – BERNAMA

P/S : Sama-sama kita doakan agar bayi ini cepat sembuh seperti sediakala dan pembantu rumah tersebut menerima hukuman yang setimpal!




12 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

Allahuakbar..selamatkanlah baby ni...

:: Mrs.Eady :: berkata...

semoga anak ini dpt sembuh sepenuh nyer..

Nurzakiah Hanum berkata...

ya allah

Nurul Aini berkata...

Allah...Allah..Allah..kesiannya adik ni..Ya Allah semoga adik ni selamat. Minta2 tak jadi apa2 yang teruk. Sedih sangat lah..saya rasa nak baling2 amah tu..cuba kita buat kat dia macam tu.

Mia Kassim berkata...

Ya ALLAH selamatkanlah bayi yang tak berdosa ni...semoga pembantu rumah tu dapat hukuman yang setimpal...

Zee Suhaini berkata...

tak sanguup nak tengok video tu..tgk part lipat yang memula je..sedey

..:::FIRDAUS@HUDA::.. berkata...

Huda lgsg xleh tgk vedio tu....takut..

eita berkata...

harap2 bayi tak mengalami apa2 masalah dalaman..

sian sungguh tengok dia kena dera..

QasehnyaRania berkata...

in shaa ALLAH..sama2 kita doakan

Amanda Suria berkata...

kesian kat baby ni...

rohayu osman berkata...

mudah2an cepat sembuh.. In Sha Allah.. amin..

Cinta Misteri berkata...

jauhi diri dari manusia2 yg tak berperi kemanusiaan ini.

kalau apa2 terjadi pd bayi2 ersebut7, adakah hukuman yg sdh dijatuhkan akan ditambah ke hukuman yg lebih dasyat? setakat penjara....hurmmmm....patutnya kena hukum sebat & siksa mereka2 ni.

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...