Jumaat, 16 Ogos 2013

Risiko HB Rendah

Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL:

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

1.Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti

Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping 
Daging ayam: bahagian dada 
Kerang: 20 biji 
Ikan bilis 

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin .

- sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan
HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.


Ehsan dari google

7 ulasan:

Mia Kassim berkata...

Selalu kena masa mengandung ni....huhu

Syamimi Saad berkata...

walaupun belum kawin, risau juga ini yng terjadi..

Farah Waheda Wahid berkata...

thanks for sharing kak, Alhamdulillah setakat ni belum mengalami apa2 masalah...hopefully akan sihat kedua2nya sampai kelahiran...

Anum berkata...

bahaya kan

are_lin@yu berkata...

byk kna thu kan klu pregnant..

haryati berkata...

mang ada kesan bl hb ni rendah ye...

QasehnyaRania berkata...

thanks sbb share ni ;)
doakan saya ye

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...