Isnin, 13 Mei 2013

Bergedil

Assalamualaikum....

Bergedil? pernah dengar kan?
dulu aku tak tau pun bergedil ni apa, aku pun tak makan. tapi, sebenarnya sedap jugak...
dulu masa aku tak tau bergedil tu apa, aku tengok macam cucur kodok ja he...he...
husband aku suka makan, aku pun try makan gak sebab tengok dia cakap sedap.. ok, boleh tahan

dah tau husband suka makan, aku pun try la buat kan...erm..menjdai jugak
aku letak isi ikan termenung @ kembung (manis)


ni la dia Bergedil he..he...


Cara-cara :

2 biji ubi (direbus)
2 ekor ikan (direbus, ambik isi)
sedikit daun sup @ ketumbar (bau wangi)
sedikit bawang mearh (dihiris)
*** penyet ubi, gaulkan kesemua sampai rata.
*** bulat-bulat kan macam bola, pastu penyet bagi leper sikit, supaya dalam bergedil tu masak

ambik sebiji telur (pecahkan & kacau)

celup bergedil yang diadun tadi dalam telur & goreng

selamat mencuba :)

p/s : isi ikan tu boleh tukar ngan ayam @ daging

13 ulasan:

Anum berkata...

sedapnya

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak kalau buat terus banyak-banyak tapi kakak guna ayam. Simpan dlm frozen bila nak senang tinggal goreng...

Cik Puan berkata...

nak try...tapi takut tak mendai pulakkkk..

fandyz berkata...

Salam, my peberet ni.. makanan org jawa nih.. letak daging pon sodap..

Mia Kassim berkata...

Macam menarik ni...selalu makan tapi tak pernah cuba buat sendiri....

haryati berkata...

bergedil tapi bukan berdegil kan??? hihi...
sedap yati pun suka mkn...

rohayu osman berkata...

buat bulat2 ya... lamedah tak buat... lau buat sup selalu buat bergedil..

Syamimi Saad berkata...

bergedil sedapnya..tp saya tak suka isi ikan..isi daging sedap kak..nti cuba la.. =)

Myra Jay berkata...

Dulu tak reti makan begedil, lepas kawen suka plak makan (sebab asben penggemar begedil) heheee

suwara entertainment berkata...

selalu saya guna isi ayam or daging hancur je. tgk ni terliur pulak. nak kena buat balik ni. hehehe

jaakechik berkata...

tengkiu share resepi bergedil yaa... jaa belum penah buat bergedil sendiri.. pasni boleh laa try...heee!

p/s: done follow sini...

QasehnyaRania berkata...

sedap ni.dah lama tak buat.. hihi

Mimie berkata...

sedap n senang nak buat

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...