Sabtu, 7 Jun 2014

Picnic

Weekend lepas tak tau nak buat apa. Fikir-fikir dah lama tak pi picnic, then jadi la pi picnic hari ahad tu. Lagipun dah banyak kali anak2 ajak nak mandi laut.
Masak cincai2 ja.. nasi & nasi goring J cukup. Air plak oren sunguick.

Asalnya nak buat sambal belacan + ikan merah masak lemak. tup-tup letrik plak tak da, umah aku xda lesung batu nak buat sambal,  blender ja. klu kat kg ada la. jadi x buat la sambal belacan, masak lemak je la.

picnic kat Batu Feringghi jer :)








ibu...tanpa make up
ha..ha..
Seronok bukan main depa


Nasi Goreng Tom Yam
~cincai~

Jumaat, 6 Jun 2014

Laksa Beras Homemade

Ermm..sedapnya, laksa beras buat sendiri.
Dulu kecik-kecik kalau raja ja umah mak rajin buat & makan laksa beras  ni, sedap. Dia lembut tak liat macam laksa kedai.     
Sekarang ni laksa kedai tak leh makan buat sendiri la jawabnya.
Nak kata tak leh makan baru bersalin, tak da sebab. Laksa beras ni hanya  guna tepung beras yang di kukus ja. Pastu kuah dia jangan la taruk bunga kantan, kan dah boleh makan.
He..he…


Khamis, 5 Jun 2014

4 Bulan

Baby Medina dah 4 bulan setengah
Alhamdulillah, diberi kesihatan yang baik J

Selepas demam masa umur 2 bulan ++ tu tak demam dah. Tu pun demam sehari ja esok tu baik. Katanya demam campak sebab kluar biji2 merah tapi macam ruam saja, Cuma 2 hari pastu hilang.
Perkembangan masa 4 bulan ++ ni dah pandai kunyap-kunyap bila tengok orang makan, gigit jari & barang yang ada kat tangan dia. Nak bagi makan tak berani sebab perut baby still x matang lagi. Tengok kesian, tapi sabar..

“Lagi sebulan lebih ja Baby, nanti kita makan”

Badan pun dah alih-alih dah ha…tapi macam segan, meniarap 2 kali ja pastu x mau dah. Sampai la sekarang ni. Sejak dah dah besar sikit ni minum susu pun kuat, brestfeeding dah x mau. Mungkin tak cukup, susu pun kurang.  Sebab sekali dia minum 4-5oz dua jam sekali. Kadang-kadang tak sampai 2 jam pun. Mungkin stakat tu ja rezeki dia untuk brestfeeding.

Malu-malu kucing

Suka dia..

Tidoq dengan nyenyaknya..

Yeeahhh...dah boleh

Ini budak nak tidoq dah pandai merengek

Bantal busuk tak lupa

Kalau dulu nak tidur main letak ja kat mana-mana terus lena. Kadang tengah menyusu pun lena. Sekrang ni jangan dok harap la, dah pandai mengamok. Kena tepuk-tepuk bagai baru nak tidur. Tapi still tak naik buai lagi, nanti x tau kot2 dia nak naik.

 

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...