Rabu, 6 November 2013

Mom & Kids Fair @ PISA Penang 2013





Errmmm...
memandangkan aku dah nak masuk 7 bulan minggu ni
excited la nak pi beli barang baby
tambah pulak nampak banner Mom & Kids Fair kat PISA 01-03 nov 2013
lagi berkobar-kobar la nak pi menyoping

tapi sayangnya....bila sampai ja kat PISA
rasa sungguh menghampakan, tak banyak barang pun
yang bayak ofrer stroller baby ja...
barang-barang yang lain tak dak pon, baju baby pon tak dak
atau mungkin aku yang lambat..
masa aku pi tu dah last day, hari ke 3



Kakak & adik seronok dapat bergambar ngan si beruang ni :)
adik tu sebenarnya takut..

ni ja yang dapat aku rembat "tommee tippee bottle"
yang kecik 5oz RM23 , yang besar 9oz  RM27
sebelum ni aku tengok kat super kecik RM34.90 besar RM43.90
jimmmaattt....

tengok muka adik tu.,....masa nak balik
muka merajuk, sebab husband x mau dukung dia
nak berjalan mana asyik nak dukung ja...pengsan..
aku memang tak dukung dah..

Sabtu, 2 November 2013

26 Minggu usia kehamilan..

Masuk minggu ni dah 26 minggu ++ usia kehamilan
lagi beberapa minggu cukup 7 bulan..
minta-minta tak ada apa-apa sampai minggu seterusnya (sembilan bulan)
takut nanti terbersalin awal pulak macam dekat kakak dulu.. :)

Persiapan akan bermula tak lama lagi hehe... (bab menyoping mmg seronok)
tapi, persiapan ala kadar sahaja.. dah no 3 pn. barang-barang yang dulu ada lagi yang masih boleh pakai. Tapi tetap kena beli jugak barang baru sikit, nak sambut orang baru katakan.

Hari tu ada pi beli kain cotton nak buat cadar tilam & sarung bantal baby. tak tau nak beli warna apa, sebabnya dah 2 kali scan still tak nampak baby lelaki atau pompuan. tengok yang berkenan di mata lah...

jadi warna ni jadi pilihan hati aku...
aku beli 4 meter, antah cukup entah tak..aku lupa dah dulu beli berapa meter.

sebenarnya warna touqious, tapi bila snap ngan hphone aku jadi warna ni...
aku upah suruh kakak aku jahitkan :)

Jumaat, 1 November 2013

Minum Air Gula (MGTT) ketika hamil

Awal bulan oct hari tu pi check up macam biasa..lepas check air kecing ja nurse tu cakap kandungan gula aku tinggi.

Pastu dia cakap kena minum air gula esok tu. Xleh tunggu hari lain sebab tinggi. Aku tengok masa dia check 9.7 ,,, aku sndri xtau bacaan dia macam mana beza.

Depa tanya aku makan apa pagi. Aku cakap makan roti cheese + minum air milo. Depa kata esok pagi mai check sekali lagi, kalau ok xyah minum.

Antara sebab kenapa ibu mengandung kena minum air gula (Glukos)

** Boleh kata hampir semua ibu hamil disarankan ambil minuman bergula.
** Kerana potensi ibu hamil diserang penyakit diabetis adalah tinggi walaupun pada awalnya 
     tak pernah menghidap penyakit diabetis.
** Apabila berat badan ibu hamil melebihi 80kg ataupun berat badan naik secara mendadak.
** Sejarah diri atau ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini. sama ada dari ibu atau
     bapa, ataupun sejarah kehamilan sebelum ini.

Prosuder persediaan untuk minum air gula :-

** Ibu diminta berpuasa dari jam 10.00 malam sehingga pagi keesokannya.
** Awal-awal pagi pengambilan darah pertama akan diambil sebelum minum air gula.
** selepas ambil darah ibu akan dibekalkan air gula untuk diminum. "mmg pekat gila, aku rasa
     pernah minum sekali dulu"
** Lepas 2 jam minum air gula tu kena minum air gula tu kena ambik darah kali ke 2.
    "kiranya kena bertapak kat klinik la hari tu, selagi belum selesai ambik darah selagi tu lah  
      kena tunggu"

Ha...esok pagi tu aku pi check, alhamdulillah urine OK.. haha...
tak payah la nak minum air gula...selamattt...la...la...la...



p/s ** tak payah nak seronok sangat pn.Liza oi..sebabnya baru nak masuk 6 bulan, ada lagi beberapa
           bulan. Kawan aku sendiri kena minum sampai 3x... best siut... :) 

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...