Selasa, 16 Disember 2014

Happy 6th Anniversary...

Assalamualaikum..
Salam blogger

Alhamdulillah, masuk usia ke-6 usia perkahwinan kami 14/12/2008-14/12/2014. Mudahan ikatan suci ini berkekalan hingga ke Jannah . Sepanjang pelayaran ini, dikurniakan 3 orang anak... yang kesemuanya puteri. "Kawan" aku bila depa dah besar nanti. Sewaktu mengandung ke tiga-tiga orang cahayamata, ditakdirkan kesemuanya lahir secara pembedahan (czer)... Yang pertama, tahun 2009..., lahir tak cukup bulan (7 bulan), Alhamdulillah sihat sampai sekarang. cerdik, belajar pun pandai.. Yang ke dua , 2010 juga tiada masalah sepanjang mengandung, cuma masalah hb ja rendah.. Dan yang ketiga & last sekali baru lahir jan 2014, sekarang 11 bulan. 

Alhamdulillah, saya bahagia dengan ikatan ini. Saat saya sah menjadi isteri kepada suami (Mohamad Fazli), saya hanyalah berusia 22tahun & Fazli 25 tahun. Berkahwin muda sangat indah, Kami melalui usia remaja & proses kematangan bersama.. Inilah yang dinamakan "jodoh", jika itu katanya pasti ianya berjalan lancar. 

"Setiap suami ataupun isteri menginginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan damai. Setiap rumahtangga ada pasang surutnya. Kehidupan dan keharmonian rumahtangga boleh runtuh disebabkan oleh salahfaham, masalah kesihatan, masalah campurtangan adik beradik sebelah suami ataupun isteri dan yang paling mendugakan adalah masalah ekonomi. Kebanyakan rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah ekonomi atau eko-"No Money". 

Semua asam garam kehidupan berumah tangga..
Alhamdulillah.. sepanjang perkahwinan kami dapat selesaikan semua masalah dengan baik. dan tak ada masalah yang rumit-rumit.

**blog memory


Suami n Isteri.. :)


Kakak n Adik (dah comot)

Auww... Cakk... (baby)



Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...