Rabu, 29 Mei 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum....


Alhamdulillah... Sihat :)

Selasa, 28 Mei 2013

Tips : Mengatasi Anak Kencing Malam

Assalamualaikum...


* Elakkan memberi anak minum susu atau air 2 atau 3 jam sebelum tidur.
* Ajar anak berdisplin, membuang air kecil sebelum tidur.
* Jika sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak selepas 3 jam mereka tidur.Lama
   kelamaan mereka akan terbiasa.
* Jika anak tidur sendirian, pastikan laluan ke bilik air terang dengan lampu & laluan yang mudah
   untuk mereka bangun pada waktu malam.
* Ajar anak mengapa mereka tak boleh buang air kencing di katil. Ajar tentang kebersihan, hukum
   kencing sebagai najis dan sebagainya.
* Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali
   mereka berjaya tidak kencing, berikan pujian & sedikit ganjaran seperti gula2 supaya mereka
   bersemangat memperbaiki diri.
* Untuk mengelakkan tilam basah & berbau lapikkan di bawah cadar dengan plastic.
* Jika tabiat ini tidak terkawal sehingga umurnya meningkat 8-9 tahun, perlulah berjumpa dengan
   doctor untuk menjalani pemeriksaan fizikal.

Selamat Mencuba

****saya dah cuba semua tu , hasilnya..alhamdulillah anak saya yang sulong umur 3thn ++ dah tak pakai lampin pakai buang waktu tidur malam :)
(jimat lah sikit kan)

Punca Anak Kencing Malam

Assalamualaikum...


hari ni nak tulis mengenai entry di atas :)

Menurut pakar ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon autidiuretik (ADH) ketika tidur.

Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil.

Kurangpenghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vasopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...