Khamis, 9 Ogos 2012

RESEPI BISKUT MAZOLA

Ari tu aku
buat biskut mazola
memandangkan ada orang nak resepi
jadi aku pos kat blog ni
di bawah (",)..

Biskut Kacang Mazola  

Bahan-Bahan:

1 cawan minyak mazola
1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
½ cawan tepung jagung
¾ cawan gula halus
1 cawan kacang tumbuk
1 sudu teh essen vanilla
(untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar).

Cara:

Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata. Kemudian tuangkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka. Sapukan telur merah diatas biskut supaya ia kelihatan berkilat. Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan. Selamat Mencuba......


Tiada ulasan:

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...