Jumaat 15/06/2012 6.30pm
Aku ambil kakak kat sekolah
Macam biasa
Hari tu terasa nak balik juru
Saja nak balik
Sampai kat traffic light juru
Jalan jem sikit
Pastu ada la 1 keta tu
Dia salah duduk lorong
Pastu dia celah depan aku
Aku terkejut, aku pun brek mengejut
Ya allah..anak aku
Terhentap kat dashboard
Macam kena tolak kuat
Pastu jatuh pula terperosok kat bawah
Rasa bersalah sangat
Sebab tak sempat nak tahan
Selalu aku tahan kalau brek mengejut
Balik tu dia mengadu sakit
Aku ingat sakit biasa
Sebab tak bengkak
Mugkin esok baik la
Malam tu dia tak tidur
Sat-sat jaga, aku Nampak
Pagi tu dia kata sakit lagi
Kami terus bawa p klinik
Doctor buat x-ray
Tengok ada patah tulang selangka
Tulang kat bawah bahu tu
Doctor tak tahan wad
Sebab tak serius
Aku dah serik
Tapi, nak buat macam mana
Anak aku duduk tak diam
Dalam tangan sakit sebelah pun
Dia dok tak diam lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan