Khamis, 12 April 2012

GEMPA BUMI ACEH 11 APRIL 2012


Ribuan rakyat Malaysia yang tinggal di bangunan tinggi dan kawasan Pantai Barat Semenanjung merasai gegaran kuat berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara, pada jam 4.38 petang semalam.
Kira-kira dua jam kemudian, penduduk turut dikejutkan dengan gempa susulan pada jam 6.43 petang yang berukuran 8.5 pada skala Richter.



Kedua-dua kejadian itu menyebabkan penduduk merasai gegaran berterusan hampir satu minit, dan gegaran lebih kuat dialami penduduk di Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Malah, penghuni bangunan tinggi dan hotel di sepanjang pantai peranginan di Batu Feringgi dan Pulau Langkawi diarah keluar dan berlindung di kawasan tanah tinggi berikutan kebimbangan berlaku tsunami.
 

Pusat Beli Belah Sunway Carnival Mall (seberang jaya)

Majlis Keselamatan Negara Kedah mengarahkan semua penduduk di pesisir pantai Kedah terutama Langkawi dan Kuala Muda bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman masing-masing.

Sebaik tsunami berlaku petang semalam, jabatan itu mengeluarkan nasihat berkenaan yang wajar dipatuhi bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.


Kilang kat Pulau Pinang

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi berukuran 9.1 skala Richter di kawasan sama mengakibatkan tsunami mengorbankan 170,000 penduduk Aceh, selain 60,000 penduduk di India, Sri Lanka, Thailand dan Malaysia.

    Mak aku pun rasa gegaran tu
mak aku tengah makan nasi dia kata
punggung terangkat dari kusyen He...He...
tapi pelik kami aku & 2 orang kakak aku
tak rasa pun...

aku mai keja pun
semua kawan-kawan cerita
depa pun rasa

jabatan meteologi kata
buat masa ni kita masih lagi selamat
tak akan ada tsunami (itu ramalan depa)

Tiada ulasan:

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...