Isnin, 13 Mei 2013

Bergedil

Assalamualaikum....

Bergedil? pernah dengar kan?
dulu aku tak tau pun bergedil ni apa, aku pun tak makan. tapi, sebenarnya sedap jugak...
dulu masa aku tak tau bergedil tu apa, aku tengok macam cucur kodok ja he...he...
husband aku suka makan, aku pun try makan gak sebab tengok dia cakap sedap.. ok, boleh tahan

dah tau husband suka makan, aku pun try la buat kan...erm..menjdai jugak
aku letak isi ikan termenung @ kembung (manis)


ni la dia Bergedil he..he...


Cara-cara :

2 biji ubi (direbus)
2 ekor ikan (direbus, ambik isi)
sedikit daun sup @ ketumbar (bau wangi)
sedikit bawang mearh (dihiris)
*** penyet ubi, gaulkan kesemua sampai rata.
*** bulat-bulat kan macam bola, pastu penyet bagi leper sikit, supaya dalam bergedil tu masak

ambik sebiji telur (pecahkan & kacau)

celup bergedil yang diadun tadi dalam telur & goreng

selamat mencuba :)

p/s : isi ikan tu boleh tukar ngan ayam @ daging

Rabu, 8 Mei 2013

Semakin Sihat

Assalamualaikum..

Alhamdullilah...semakin sihat dah aku ni, tapi suara masih lagi serak-serak basah. hampir 2 minggu aku sakit tekak, makan ubat sampai habis, jumpa doctor 2 kali, tak lega-lega jugak.

hari ni baru terasa macam suara aku...kalau tak garau semacam :)
dari pengalaman orang, ramai yang cakap sakit tekak memang ambil masa lama untuk pulih.



Selasa, 7 Mei 2013

BE I CPUV dari Nuffnang

Assalamualaikum...

hari ni seronok sikit, sebab log in nuffnang mata terbeliak dapat BE
mana taknya, sebelum ni tak pernah dapat, walaupun sedikit tapi amat berharga.
walaupun BE tu dah credited.. (tak perasan)

harap-harap lepas ni nuffnang sudi-sudi lah bagi BE yang melimpah-limpah yer :)
apapun, Terima Kasih Nuffnang....


Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...