Salam Blogger Masalah rambut gugur huhu..Memang nak atasiTahun lepas dah ok dah rambut aku niLepas habis pantang ja tahun ni, makin menjadi-jadi disebabkan
melahirkan anakSehari boleh katakan dekat segenggam jugak la rambut aku luruhTambah pulak baby dah pandai buat beloon buih ngan air liurLagi bertambah luruh rambut aku ni, lama-lama boleh botak niDah bermacam shampoo aku try still tak okDok tercari-cari lagi shampoo apa yang sesuai PUNCA KEGUGURAN RAMBUT 1. Melahirkan anak Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki
fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi
dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah
wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia
akan pulih.
ni betoi
2. Penyakit tiroid Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan
keguguran rambut.
ni tak dak 3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang
mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini
akan pulih seperti sediakala.
x penah serius buat masa ni 4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau
tabiat pemakanan abnormal.
aku x diet 5. Ubat-ubatan Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan,
masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant) akan
menyebabkan kegugran rambut sementara waktu. Pengambilan vitamin A secara
berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
x ambil ubat-ubatan 6. Rawatan kanser Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti
membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia
keluar dari kulit kepala.
ni pon xda 7. Hormon Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat.
Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia
akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan.
entah :) 8. Produk Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu
menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Penggunaan bahan kimia akan
merosakkan rambut sehingga ke akarnya.
mungkin produt yg aku guna x sesuai 9. Kurang vitamin Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti bijirin, buaha-buahan,
sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan ini, ambillah
supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan
E.
mungkin 10. Genetik Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila
umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang
sama berdasarkan faktor genetik.
tak kot.. 11. Aliran darah tidak sempurna Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami
masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam
badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
boleh jadi 12. Sikap Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat
hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi
kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan
senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
yang ni x