Ahad, 2 Disember 2018

Batu Kawan Central Park

Sampai jugak, cantik juga lanskap dan pemandangannya. 😍 Sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga.  Tempat yang dibangunkan oleh Aspen Group katanya.

Sabtu, 17 Mac 2018

Ban Pecah, Tanjung Piandang

Assalamualaikum....

Dah lama tak cerita kat sini..

Al-kisah hari tu pi kenduri kat parit buntar, balik kenduri pi menyinggah kat pantai Ban Pecah.
Ermmmm... cantik pantai dia. Hari tu hari bertuah aku.
Pantai jernih sangat.

Menurut cerita warga tua, yang diturunkan dari mulut ke mulut, (ayah aku pon ada cerita macam ni kat laki aku) Pantai ini terhasil dari lagenda seorang anak yatim yang begitu kecewa , tanah nya di rampas oleh saudaranya sendiri. Tangisan itu, dihiraukan, lantas disumpahnya. Wallahualam,.

Jika dulu , mungkin panjang pantai memanjang, tak sampai pun 2 Km.Manakala jauh tanah dimamah ombak mungkin 500 meter.Tapi kini, luasnya sepanjang 12 KM dari Kampung Nelayan ( dulu namanya Kampung Kilat ) hingga Kampung Nelayan Baru , Tanjung Piandang.

Tanah ditelan pula mungkin hampir juga 2 Km kehadapan.Walaupun kisah sedih empunya rumah sudah dilupakan persis seperti pengunjungnya , datang memancing ikan – ikan , yang muda- mudi datang berpelisiran; ironisnya 2004 ,tsunami mengorbankan 2 orang cina, manakala 1
orang lagi hilang hingga kini ( mungkin mereka sudah lupa peringatan tuhan itu )

Ok... jom layan































Rabu, 7 September 2016


Assalamualaikum...
macam nak aktif balik. hihi...

Ingat lagi masa mula2 dok cari idea nak bina rumah, masa tu awal tahun 2016,
dah excited nak buat plan unutk bina rumah kami.

Hasilnya macam ni la...

4 bilik tidur
2 bilik air
1 toilet
Ruang tamu
Dapur
Stor

Keluasan tanah kecik ja, 40' x 60' saja
Boleh la untuk tampung kami 5 branak.

Tanah lot ni kami beli kat JURU (kat kg ayah aku)
Harga 55k + peguam semua = 63k (jan 2016)
Bagi kami laki bini rasa macam murah la, sebab area juru la ni harga tanah dok naik. (Sep 2016)
tapi setengah orang cakap mahal.


Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...