Khamis, 28 Februari 2013

GA : sapa ada anak nama DANIA/DAMIA/AINUL/HUDA

Assalamualaikum


pagi ni nak join satu contest


senang ja syarat dia, ada hadiah tau
nak join gak? klik link kat atas

nama anak sulong aku ada kena mengena dengan 1 perkataan di atas
iaitu : DAMIA

INTAN DAMIA MARISSA

sebelum bersalin dulu (tak salah aku masa mengandung)
aku ada tengok drama hantu, setiap hari khamis tv3
Kekasihku Seru
pelakon utama dia pegang watak sebagai Marissa
pastu aku cakap nak letak nama anak aku marissa

perut dah makin besar, aku fikir letak nama marissa saja x best sebab tak panjang he..he..
aku cari plak dalam buku nama bayi
berkenan nama damia ni , maksud pon bagus

then nama intan tu memang aku suka
masa aku berlajar & kerja dulu , ada kawan aku nama intan 
aku suka sangat nama intan 
sebab tu nama anak aku dua2 orang ada INTAN kat depan 
:)


Yang Mana Pilihan hati

Assalamualaikum

hari tu aku sibuk cari baju nak pakai dinner
hari sabtu ni
nak cari yang simple ja, sebab lepas ni boleh pakai lagi
he..he... dah jumpa
tapi, masalahnya aku terbeli 2 helai
:) dah beli berkenan yang lain pulak
kan dah membazir, tapi xpa nmpak gaya boleh pakai
dua-dua lepas ni
 
 
memula aku beli dress ni
dress ni patern labuh, ikat tali kat tengkok & meleret kat belakang
mesti kena pakai inner, kalau tak nampak habis la tut.... kan :)

 
atau pakai ngan mini jacket cam ni

 
lepas beli dress yang atas tu
terbekenan yang ni pulak..adoi...
dress labuh gak

 
dress ni kembang setaman kat bawah dia
& berat bila pakai, sebab kat bawah kan kembang
lebih kaindari atas

 
haruslah pakai ngan mini jacket & pakai belt
kat atas pinggang
bila aku pakai dress ni labuh merandam
pakai heel 4" pon still labuh
kalau jalan kena angkat la sikit, kalau tak makan lantai la
he..he..
 
 
Pssstttt...aku berat nak pakai yang pink tu :)
mungkin pakai yang pink tu

 
 

 


Rabu, 27 Februari 2013

Yeaay... Dah Jumpa Mask

Assalamualaikum

bestnya...dahjumpa mask
kalau tak, tak pakai la aku .. pastu kat
Annual Dinner nanti kena denda kalau tak pakai
he...he...
 
aku beli yang murah ja
sebab nak pakai sekali ja, lepas ni tak pakai dah
buat apa nak beli yang mahal kan
sebelum ni aku ada search gak kat internet
tapi, mahal gila
harga paling murah RM15, ada yang sampai RM50
pilih yang simple ja
jeng...jeng...jeng....
 
 

 
 

 

 
senang tali punya, boleh ikat .. tak susah nak pegang2

 

Assalamualaikum

nak cerita ni he..he..
aku dah bermata empat (berkaca mata)
tapi, x sepenuhnya
sebabnya aku pakai untuk tengok tv & drive ja
pergi kerja aku pakai lens :)
 
 
 
he..he... comey x
:)
 

 


Selasa, 26 Februari 2013

Teh Tarik Kaw Gila

Assalamualaikum

pagi ni macam biasa
aku berhenti beli basi lemak & kuih
kat m.cik area tempat keja aku tu
pastu hati ni tengok teh tatik dia macam menarik
aku bungkus 1

sampai ofis selesai makan nasi lemak
tuang teh tarik dalam mug
adoi..... boleh kencing manis kalau minum macam ni hari-hari
macam tumpah susu 1 tin ha...ha...


aku tuang sebungkus penuh 1 cawam ni
tapi dah tak boleh nak pi, sebabnya manis sangat


aku tambah lagi air panas = penuh
stll lagi manis ...
"tak bankrap ka m.cik tu ar"


Isnin, 25 Februari 2013

Bukit Merah Laketown Resort

Assalamualaikum

balik dari kenduri taiping sempat lagi menyinggah
kat Bukit Merah Laketown Resort
tapi, tak pi mandi-manda pon
singgah jalan-jalan ja, lagipon baju apa tak bawa
 
last aku sampai Bukit Merah ni 4-5 tahun lepas kot
dah lama sangat tak sampai sini
ada banyak gak perubahan
 
ingat nak pi tengok orang utan , naik bot
kat seberang pulau
tapi, tak jadi sebab hujan
kakak baru ja baik kena campak , x leh kena hujan
tak jadi la pi tengok orang utan
tambang bot mahal jugak RM30 sorang
 


 

 


Bila Aku "Ber" Peplum :)

Assalamualaikum


he..he... dah lama teringin nak pakai peplum ni
hari tu masa pi Hat Yai ada beli sehelai "peplum"
bagi aku cantik
(mesti la kan, kalau tak aku tak beli)
 
aku pakai peplum tu masa aku pi kenduri kahwin
kawan aku kat Taiping
bila dah pakai nampak cam pelik la pulak kan
kah...kah....
nak tengok ... jomm ....
& silalah kutuk k.. :)

 
sempat lagi bergambar ngan keta baru cat baru

 
kawan yang kawin tu :)
pelik kan aku pakai peplum

 
anak-anak aku pon nak bergambar jugak

 
pasangan pengantin

 
 
 
  
 


Selasa, 19 Februari 2013

Bayi Mangsa Dera Tak Bergerak

Assalamualaikum


KUANTAN – Bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumahnya pada Jumaat lalu dimasukk...an ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez Mohd Zamri dibawa ke HTAA kira-kira jam 8.30 malam tadi selepas dia didapati tidak bergerak seperti biasa walaupun dalam keadaan tidur.

“Malam tadi selepas semua tetamu yang mengunjunginya pulang, saya cuba mengejutkannya. Saya ingatkan dia tidur tetapi tiada sebarang reaksi,” katanya ketika ditemui pemberita di HTAA, hari ini.

Katanya, dia maklumkan perkara itu kepada ahli keluarga yang lain sebelum membawa anak sulungnya itu ke HTAA.

Nina Suraya berkata, pihak hospital menjalankan ujian imbasan dan beberapa pemeriksaan lain ke atas anaknya, namun laporan penuh pemeriksaan masih belum diketahui.

“Saya harap semuanya baik dan jika dilihat keadaan anak saya, dia sudah minum susu seperti biasa walaupun berada dalam keadaan lemah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad, berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret esok mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Pada 15 Februari lalu, bapa kepada bayi itu, 42, membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya itu di ruang tamu sehingga terjatuh mengalami lebam-lebam ditangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada jam 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut.

Pembantu rumah berkenaan ditahan pada hari yang sama. – BERNAMA

P/S : Sama-sama kita doakan agar bayi ini cepat sembuh seperti sediakala dan pembantu rumah tersebut menerima hukuman yang setimpal!




Hargai Orang & Benda Sekeliling Kita


Assalamualaikum









Isnin, 18 Februari 2013

Dress For Annual Dinner

Assalamualaikum

la ni aku dok terfikir nak pakai apa
untuk Annual Dinner nanti
dah tak lama, lagi 2 minggu ja, aku ?
tak cari lagi baju apa nak dipakai nanti
tapi kepala otak nak pakai dress labuh , sesuai kot ngan tema
"Masquerade Mask"

mask dah dapat , aku beli yang murah ja & simple
mask yang tutup mata ja :)
dress kat bawah yang aku search ni cantik-cantik gak
tapi, dress ni haruslah dipakai dengan
inner or mini jacket :)
kalau tak , tak sesuai lah sebabnya aku bertudung



ok gak simple


ni pon ok....



yang ni ?
macam over pulak .. dah macam nak pi kawin :)

yang pastinya...bukan 3 dress ni aku nak pakai Annual Dinner nanti
ngehh...ngehh..

Jumaat, 15 Februari 2013

Kenapa Aku Buat Entry Tips Memilih Kacamata

Assalamualaikum


mesti hampa semua hairan kan
kelmarin akua ada buat entry Tips Memilih Kacamata
tapi aku sendiri tak pakai pun
macam mana aku boleh bagi tips ni kan :)

sebenarnya...
weekend yang lepas aku ada pi jumpa pakar mata
sebabnya mata aku ni dah makin kabur
pakai lens power 2.00 pun still kabur sikit2
pi jumpa pakar mata

apa lagi....memang sah-sah la power naik
sebelah kanan 3.00 sebelah kiri pulak 2.75
patut la kalau drive malam aku tak nampak
silau-silau ja 

lepas check mata aku pun pilih la bingkai (frame)
dengan eksited pilih yang aku berkenan
sebenarnya bukan boleh pilih suka-suka
kena ikut bentuk muka jugak
kalau salah nanti orang yang tengok akan gelakkan kita :)
nasib baik la bentuk yang aku suka & pilih tu sesuai jugak
nagn bentuk muka aku ni he..he...




Psss...nk tgk aku bermata 4, nti aku upload pic :)


Khamis, 14 Februari 2013

Tips Memilih Kacamata

Assalamualaikum

Kacamata atau sunglasses walaupun awalnya diciptakan untuk membantu penglihatan atau melindungi mata dari sinar matahari, namun sehingga kini kacamata sudah menjadi sebahagian dari trend di dunia fashion. Pemilihan  frame kacamata yang tepat dapat membuat wajah anda terlihat semakin menarik . Yang penting adalah anda harus megetahui  bentuk frame seperti apa yang paling sesuai dengan wajah anda. Oleh karana itu, anda harus mencubanya satu persatu kacamata yang sedia ada di kedai cermin mata. Supaya akhirnya tidak pening memilih kacamata seperti apa yang sesuai dengan anda, ada baiknya membaca tips-tips berikut terlebih dahulu sehingga nantinya anda dengan mudah dapat memilih kacamata atau sunglasses yang terbaik sesuai dengan bentuk wajah anda.

Secara umu bentuk wajah manusia dibagi menjadi tujuh jenis wajah yang berbeza, iaitu: Oval, Persegi (Bujur Sangkar), Bulat, Oblong (Persegi Panjang), Segitiga, Hati, dan Diamond. Agar tips ini lebih menarik, disini juga diberikan contoh  jenis wajah yang  dimaksudkan.

Oval Julia Roberts Memiliki Wajah Oval

Bentuk wajah oval merupakan bentuk yang ideal karana memiliki proporsi yang seimbang. Area dagu sedikit lebih sempit daripada dahi dan memiliki posisi tulang pipi yang tinggi. Banyak bentuk frame yang sesuai dengan jenis wajah seperti ini. Namun untuk melihat lebih sesuai dan seimbang, pilih frame kacamata yang sedikit lebih lebar daripada bagian terluas wajah anda. Tips lainnya adalah pilih frame berbentuk persegi  agar sudut wajah terlihat lebih jelas. Hindari frame dengan ukuran terlalu besar.


Wajah Oval Dengan Frame Model Persegi & Bentuk Lainnya dan Tidak Terlalu Besar


Persegi (Bujur Sangkar)

Brad Pitt Memiliki Wajah Persegi

Seperti Brad Pitt, wajah persegi memiliki garis rahang yang besar, dahi lebar, dan dagu persegi sehingga proporsi antara panjang dan lebar muka sama besar. Untuk membuat wajah persegi terlihat lebih panjang dan memberikan efek sudut yang lembut, cubalah model bingkai yang sempit. Boleh juga menggunakan bentuk oval, bundar, butterfly, atau frame dengan temple (lengan kacamata yang menampal pada telinga) menampal di tengah lensa atau berhubungan dengan bingkai bahagian atas lensa. Hindari menggunakan kacamata berbentuk kotak karana akan membuat wajah terlihat lebih kaku. Juga hindari temple yang menampal pada bagian bawah bingkai lensa karana akan memberikan penekanan pada area dagu.


Wajah Persegi Dengan Frame Model Butterfly, Bingkai Menempel Di Atas Lensa, Atau Temple Menempel Di Tengah

Bulat

Cameron Diaz Memiliki Wajah Bulat

Seperti Cameron Diaz, bentuk wajah ini memiliki pipi yang penuh, garis lengkung bulat (tidak bersudut), dan memiliki ukuran yang sama antara panjang dan lebar wajah. Untuk itu, agar wajah bulat terlihat lebih kurus dan panjang, cuba gunakan frame dengan bentuk persegi. Anda juga boleh menggunakan frame yang memiliki sudut geometri untuk menajamkan bentuk wajah anda. Atau pilih bentuk frame yang dapat menarik perhatian pada area wajah bahagian atas seperti frame dengan temple yang terhubung dengan bahagian atas dari bingkai lensa. Pilih bentuk bridge (bahagian kacamata yang membantu pada hidung) yang jelas agar dapat melebarkan mata anda. Hindari menggunakan frame bentuk bulat karana membuat wajah anda semakin bulat, dan hindari frame yang terlalu besar karana wajah anda akan terlihat semakin pendek.


Wajah Bulat Dengan Frame Bersudut runcing, Temple menampung Pada Bingkai Atas, Atau Model Persegi

Oblong

Denzel Washington Memiliki Wajah Oblong

Contohnya Denzel Washington, ini adalah bentuk dimana wajah terlihat lebih panjang dibandingkan lebarnya, memiliki garis pipi yang panjang, bahkan juga kadangkala memiliki hidung yang panjang. Oleh karana itu, agar wajah terlihat lebih pendek dan seimbang, cubalah untuk memilih bentuk frame yang lebih dalam dan lebar. Gunakan kaca lensa yang lebar. Pilih bentuk temples (lengan kacamata) yang dekoratif atau kontra agar wajah dapat terlihat lebih lebar, atau pilih bridge yang rendah agar wajah terlihat lebih pendek. Hindari bentuk frame yang kecil dan sempit kerana semakin panjang bentuk wajah anda.
Wajah Oblong Dengan Frame Model Lensa Lebar Atau Dengan Tempel Yang Dekoratif



Segitiga

Renee Zelweger Memiliki Wajah Segitiga

Sepert Renee Zelweger, bentuk wajah segitiga memiliki dahi yang sempit serta pipi dan dagu yang lebih lebar. Oleh kerana itu, untuk melihat bahagian atas yang sempit agar terlihat lebih lebar, cubalah frame yang memiliki warna atau detail yang kuat pada bagian tengah sampai ke bagian atas bingkai. Misalnya: bentuk semi rimless (bingkai yang hanya menutupi setengah lensa ke atas), bentuk “cat eye”, atau bingkai dengan bahagian atas yang tebal . Hindari bingkai dengan bahagian temple yang rendah atau frame yang sempit.



Wajah Segitiga Dengan Frame Model Bingkai Atas Tebal, Cat Eye, Atau Semi Rimless

Hati

Jennifer Memiliki Wajah Hati

Seperti Jennifer Aniston, bentuk wajah hati memiliki bagian yang lebar pada bagian dahi dan tulang pipi dan akan semakin meruncing sampai bagian dagu. Untuk meminimalkan bagian atas wajah yang lebar, cobalah bentuk frame yang lebih tebal pada bagian bawahnya. Bisa juga memilih frame dengan bagian temple yang rendah atau bentuk frame bulat untuk mengurangi area pada dahi. Gunakan frame dengan warna dan bahan material yang ringan, misalnya model frame rimless (lensa tanpa bingkai). Hindari: frame dengan bingkai atas yang tebal atau temple yang memiliki dekorasi, karena membuat wajah bagian atas semakin jadi pusat perhatian dan akan terlihat lebih besar.



Wajah Hati Dengan Frame Model Temple Rendah, Tebal Di Bahagian Bawah, Atau Rimless

Diamond

Linda Evangelista Memiliki Wajah Diamond

Seperti Linda Evangelista, bentuk wajah diamond memiliki jarak antara garis rahang dan area mata yang sempit, dan memiliki tulang pipi yang menonjol dengan dagu yang sempit. Oleh karena itu untuk memfokuskan pada area mata dan mengurangi bentuk tulang pipi, cobalah frame yang memiliki garis yang detail dan kuat pada bagian alis seperti model cat eye. Solusi lain adalah frame rimless atau frame oval, agar tulang pipi terlihat lebih bercahaya. Hindari frame dengan model sempit agar batas mata tidak terlihat semakin sempit.


Wajah Diamond Dengan Frame Model Oval, Cat Eye, Atau Rimless


Semoga tips ini bermanfaat untuk anda, selanjutnya anda boleh berjumpa dengan optician di tempat anda.

 

Dato' Siti Berselendang

Assalamualaikum

cantik & comel Dato' Siti bertudung penuh
tak macam dulu, nampak jambul ja kedepan


nampak muda


Bila Adik Keletihan

Assalamualaikum

anak aku yang no 2 tu (adik) manja sikit
kakak dia manja jugak , tapi dia terlenih manja
lagi satu suka buat kakak
suka cari pasai ngan kakak
dia seronok bila kakak nangis
tiap-tiap hari tu la keja dia , kacau kakak :)

bila dia letih kacau kakak
macam ni la jadinya


ni tidur dalam keta
(suruh tidur paksa mata tu x mau tidur, cam ni la jadinya. tidur sambil duduk)
(lepas kacau kakak)


kat rumah
(letih kacau kakak minum susu sampai cm ni) .. :)



Rabu, 13 Februari 2013

Wordless Wednesday :)

Assalamualaikum

Jumaat, 8 Februari 2013

Birthday Baby Azfar

Assalamualaikum

Happy Birthday Baby Azfar
Azfar ni sepupu kepada anak aku, anak kakak aku
merangkap anak buah aku hik...hik...

weekend lepas kakak aku buat makan-makan
tapi, tak buat kat umah dia buat kat umah mak aku
pandai kan dia...  :)

masa tu kakak baru ja jadi campak
kesian kakak x leh nak main sama-sama
kakak tidur ja
nak makan pon x boleh
minum air ja


 
 
 
pakat dok tiup baloon
 
 
 
 
 
 
besday boy, nangis sebab takut pakai topi tu :)
 
 
banyaknya hadiah besday baby azfar
(sorry yer atam x beli lagi)
 
 
balik kami ramai2 m.tok pening pala .. rumah bersepah
 
 
 
 
 
 
my Ayah & baby azfar

Khamis, 7 Februari 2013

Kat Mana Nak Cari Masquerade Mask

Assalamualaikum

pagi tadi aku dah buat entry pasal mask ni
tapi, masalahnya aku tak tau kat mana nak cari area Penang ni
yang aku tau mask brithday party tu
yang kertas tu..ala.. yang ada juai kat kedai kek
hik...hik...
yang 4 rm4++
tapi, tak kan nak pakai yang tu kan
kah..kah...

sapa-sapa tau area penang ni
kat mana ada kedai yang juai "Masquerade Mask" ni


Macam Mana Erk..

Assalamualaikum












v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





banyak pilihan mask
gaya macam ni -- tak sesuai   :)


ni.. ok sikit   :)


atau yang ni ja simple
(tapi lecehnya kena pegang)

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...