Sabtu, 18 Februari 2012

AT HAT YAI ... 4 DAYS 3 NIGHT

balik nanti aku story ok...
(^-^)
swkarang on9 kat hotel...

Rabu, 15 Februari 2012

ANNUAL DINNER (PYJAMAS THEME**TEMA BAJU TIDUR)

HA..HA..HA..
Nak gelak pun ada
Tapi Ada ka orang buat
Annual dinner tema pyjamas
Tapi, dengar depa kata
Negara luar dah banyak buat macam tu
Tapi depa tak kisah macam mana pun
Berapa banyak tapi da….

Memula ingat
Tak mau pakai baju tidur
Dinner nanti
Tapi ingat seronok2 ja
Pakai ja la
Kalau ingat Menang memang tak menang

Sapa yang menang dapat rm 1000
Tapi pompun rm 500
Laki rm 500
Pastu hadiah paling besar
Dengar kata TV 42” kot..
Kalau dapat boleh letak kat rumah baru
(“,) he..he…berangan la..

Kat sana nanti
Boleh buat Thai massage
Syoknya…



MENGECAT RUMAH

Mengecat rumah Part II

Semalam
aku p cat rumah lagi
aku p ngan kakak
en.suami balik keja
terus tunggu kat sna

sampai ja kul 9mlm
terus start mengecat
kami sambung cat dinding
(warna putih ari tu)

Kakak duk main2
Lepas 1 jam terus terlentang
Nasib baik bawa
Toto, busuk & bantai merah dia
Kalau tak bawa jenuh layan
Dia mengamuk

Jam dah dekat kul 12
Kami cat dah nak siap tggl sikit ja lagi
Memandangkan dah lewat
Esok nak keja, blik mandi lagi
Kami balik dulu la..

Add caption

MENGECAT RUMAH

Mengecat rumah part 1

Balik dari imigresen & pacific
Terus p beli cat ngan en.suami
Kakak pun ikut juga (dia tdr dlm keta dari balik tadi)
Adik?
Tak bawa, sebab sat g
Cat kemana adik kemana
He…he…

Masuk dalam rumah
Tegok rumah dah bersih
Ayah & Adik aku dah cuci
**dalam hati : habis la rumah ni sat g tunggang langgang jadinya

Kami mula cat dengan
Mengecat syiling dulu
1st aku cat keliling penjuru
Sebab nanti senang en.suami nak cat kat syiling
sementara en.suami cat syiling
Aku cat dinding dulu
Warna putih
Nanti bila cat colour baru Nampak cantik

Aku ingatkan senang la
Mengecat rumah ni
Rupanya susah
Mana tak nya kami start kul 2ptg
Balik dekat 12 tgh malam
Letih tak terkata
Hasilnya ..
Syiling cat penuh
Dinding cat putih x sampai separuh rumah




separuh daripada syiling yang di cat




sementara en.husband cat syiling aku cat dinding (putih)



kakak dah macam mandi cat








syiling yang siap di cat





en.suami tengah mengemas cat yang tumpah (aku dah nak pengsan)





kakak tengah lap cendol yang dia bagi tumpah ... (takut kena marah)


Selasa, 14 Februari 2012

SLIPAR DR.CARDIN

Dah selesai bab passport
Balik aku singgah pacific
Nasib baik kakak tak merap
Kalau x, letih…
Sampai pacific kul 10pg
Kedai pun tak buka lagi

Aku bawa kakak
Breakfast KFC
Makan bubur ayam & pane cake
Air milo untuk kakak
The tarik untuk aku
Kakak bukan makan sangat pun, minum air ja
Aku yang habiskan semua
Tapi, bubur dia memang x sedap

Makan punya makan
Dah kul 11
Kedai kasut pun dah buka

Aku tengok slipar DR.Cardin warna merah
Terus berkenan, RM 39.90
Aku beli slipar ni senang
Nak pakai p hat yai nanti
Tak sakit kaki….


NI LA SLIPER AKU NAK PAKAI P HAT YAI (",)


PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

PART II

Haha..
Tak sempat nak update blog
Sebab letih sangat p mengecat rumah
Tu pun tak habis lagi
Pengsan

Tinggal dulu bab mengecat
Nanti aku story

Ahad ari tu aku p ambik passport (12.02.2012)
Msa buat 2 minggu lepas x sempat ambik
Sebab orang terlalu ramai
Sampai ja imigresen seberang jaya
Orang punya la ramai
Beratur sampai keluar pintu

Tunggu bagai nak rak
Sampai ja kt tengah barisan
Ada staff imigresen tu
Letak 1 papan note
“maaf no giliran sudah kehabisan, sila datang hari berikutnya”
Ha…ha… (hati sudah membara, dh la tunggu lama)

Dah la aku p ngan kakak
Kul 8pg keluar rumah dah
Kesian dia…
Aku pun p la kat kaunter dengan hati membara
Tanya…
“kak, saya nak ambik passport tak boleh ka?”
Kak tu “boleh, ambik no ni nanti saya panggil”
Selamat…..
Tuggu 6 orang ja, dah sampai no aku
Kalau baru nak bagi borang
Tunggu la sampai 100++ no.

Aku buat passport ni sebab
Company aku buat Annual Dinner
Kat Hat Yai , Thailand
(**1st time p luar Negara  (^-^)

Jumaat, 10 Februari 2012

SEBELUM MEMUKUL ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Rabu, 8 Februari 2012

HARI NI TAK SEINDAH SEMALAM

semalam indah?
mana taknya..jalan lengang ja
semalam
semua orang cuti kami ja keja


Hari Ni.... :-(


dah macam ikan sadin...kluar umah kul 7pg,
sampai opis kul 8pg...
kalau ikutkan 20 minit boleh sampai..


"KAKAK NAK PAKAI BAJU RAYA P SEKOLAH"

pagi ni kakak
bangun tidur nak pakai baju raya
p sekolah
(",)

dengan muka masamnya..
muka x mandi...
(hari2p tak mandi lagi, mandi kt sekolah)
sejuk... dia kata



malu...ambik gmbr dia byk kali


Selasa, 7 Februari 2012

THAIPUSAM

Hari ni jalan lengang ja
Sebabnya hari ni PUBLIC HOLIDAY
Jalan lengang ja
Kami pula kena keja
Boss tak ambik tahun ni (ph tahipusam)…
Mood .. sedih (L)



Hari Thaipusam ni merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'.


Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.


Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.


Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.


Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.


Bagi sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.


Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehingga sampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi mendapatkan restu.


Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana menarik semasa sambutan perayaan ini.


Sumber google

MULID NABI (MAULUD NABI)

Hari ahad 05.02.2012 Maulud Nabi
Tak p mana pun
Dok umah, Jaga anak

Ari ni semua ada kat umah
Kecuali k.ita
Dia tak balik kali ni
Lagipun pun dia baru balik ja CNY ari tu
Bukan senang dari PD nak mai PENANG

mood (tak seronok) kakak mengamuk lagi ari ni
;-(


MAKSUD MAULID NABI

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Sumber wikipedia

RR BAGAN (PANTAI BERSIH)

Erm….
Dah banyak hari tak update blog
Rasa macam tinggal sesuatu ja
Sabtu ari tu (04.02.2012) p jalan-jalan
Kat RR Bagan (Pantai Bersih)

Bawa anak – anak
Tapi kurang seronok sikit la
Sebab kakak bebai (mengamuk)
Coz dia mengantok..

Adik steady ja
Kalau keluar , mengantok ka lapar ka
Tetap tak nangis

Duduk sat ja kat situ
Takut kakak akan mengamuk lebih
He..he.. (“,)

Masa masuk dalam keta tu
Kakak minta susu terus ja tidur
Balik kami terus  singgah
TESCO Alma
Sebab nak beli baju kat anak k.la
Tak beli pun lagi :-(

Aku sorang ja masuk TESCO
En.suami tak masuk
Coz kakak tidur dalam keta
(letih mengamuk la tuh..)
Adik , mata dia still tak ngantok
Main ja dia tau..

Pilih punya pilih baju kat anak k.la
Berkenan 3 pasang
Simple ja..sebab baju laki tak banyak pilihan
Dah selesai membeli
P kat parking keta
Tengok adik dok main lagi
Jalan tok tek tok tek
(“,)


dah siap nak p RR


adik seronok.. (",)



orang juai Belon sabun..




aku & adik


nampak cam laki ja anak aku  ni




sempat lagi posing..sementara tunggu en.suami
p beli susu & pampers



x da keja..


kakak keletihan (x clear)


hai...


si adik main dengan ayah..


Sabtu, 4 Februari 2012

REHAT...

anak - anak dah tidur
bolehh la berehat & berblog sat
(",)

tadi p Auto City bayar broadband
dah 2 bulan x bayar (he..he..)
kena RM 100++

then balik tu
terus p makan nasi ayam
balik umh dah kenyang
x makan nasi dah

anak - anak dua2 dah lali
bagi depa tidur boleh la rehat sat
sempat berblog jga
(",)

panas terik gila hari ni
rasa macam nak terbakar pun ada..
nanti petang mesti hujan


Hujan ku tu run membasahi bumi...HE..HE..
(aku ni merepek ja kan)
ni kumpulan HUJAN , suka sangat (",)



Jumaat, 3 Februari 2012

KAT UMAH ADA BABY

sampai umah juru
masuk dalam ada baby
k.la dah balik dari hospital


teringat masa bersalin dulu...
sakit...tapi seronok
baby comey...

k lah
selamat malam...

CEMPEDAK GORENG RANGUP ...

minggu ni
turn balik kg juru pula
macam biasa, 2 minggu sekali
balik juru..20 minit ja dari BKT TEH (",)

balik keja ambik kakak
pastu ambik adik kat bKT TEH
terus blik juru

sampai juru , tengok buah cempedak ada
goreng cempedak & goreng koey teow
Soodapp....

nak bagi tips ni
kalau nak cucur cempedak rangup
boleh la guna tepung goreng pisang adabi
yang warna kuning tu
then letak garam sikit, tepung gandum sikit
and telu sebiji
try la...mesti sedap

Baca Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...